Video Kereta Proton Saga BLM Turut Digunakan Pejuang dalam Konflik di Syria Tersebar


Proton Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan mula dieksport ke Syria sejak tahun 2001.
Ini adalah disebabkan permintaan dan juga hubungan baik ekonomi antara kedua-dua kerajaan.



Konflik di Syria yang semakin buruk telah menjejaskan ekonomi dan kehidupan rakyat Syria sehingga wujudnya penentangan yang melibatkan bom kawalan jarak jauh.

Sebuah Video kereta Proton Saga BLM keluaran Malaysia telah digunakan sebagai bom kereta seperti yang dipaparkan dalam rakaman selama 3 minit 3 saat, telah dimuat naik ke You Tube oleh pejuang (http://www.youtube.com/watch?v=xf-i9vn68-o) Dalam video tersebut dapat kita lihat seorang lelaki sedang memasang empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian bonet belakang kereta Proton Saga BLM itu.

IED itu telah dipasang bagi mengawal letupan dan kereta itu juga telah di lakukan pengubahsuaian yang memerlukan kepakaran automotif untuk bergerak secara kawalan jarak jauh. Pemandu di dalam video tersebut telah membawa kereta tersebut ke arah jalan sebelum ia membiarkan kereta itu bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku.

Lokasi sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak 2011.

"Ia tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan Proton," jelas satu sumber. Bagaimanapun, sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga.

Sumber: mStar

0 Response to "Video Kereta Proton Saga BLM Turut Digunakan Pejuang dalam Konflik di Syria Tersebar"

Post a Comment