DISANGKAKAN PISTOL TIRUAN RUPANYA PISTOL SEBENAR. TUKANG URUT BERTEMPIARAN LARI MENYELAMATKAN DIRI.

Petaling Jaya: Tiga orang tukang urut lelaki yang bergelut dan cuba untuk menumpaskan seorang perompak tetapi mereka lari bertempiaran menyelamatkan diri setelah  penjenayah tersebut melepaskan tembakan dari pistol yang disangkakan mereka itu adalah pistol tiruan.

Semasa kejadian jam 8 malam kelmarin, suspek lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu sempat menarik picu pistol tersebut ketika dipukul kumpulan tukang urut terbabit yang cuba untuk menghalang rompakan di sebuah pusat urutan tradisional di SS2, di sini.

Foto
SUSPEK mengacukan pistol ke arah pekerja kaunter.

Seorang saksi kejadian berkata, penjenayah yang memakai seluar pendek dan bertopi sebelum itu tealah masuk ke premis berkenaan dengan menyamar sebagai pelanggan.

Walaubagaimanapun suspek bertindak mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukannya ke arah pekerja yang berada di kaunter pembayaran.


“Dia memaksa pekerja itu menyerahkan wang jualan selain mengugut kami dan dua tukang urut wanita yang sedang duduk berhampiran kaunter tidak cuba melawan.


“Bagaimanapun pekerja terbabit bertindak menarik tangan suspek sebelum cuba merampas senjata api dipegang. Pada masa sama kami membantu dengan memukul suspek hingga terjatuh di pintu masuk premis,” katanya.

Menurutnya, mereka bertindak memukul suspek kerana menyangka pistol digunakan itu adalah senjata api tiruan untuk menakut-nakutkan kami.

“Namun, kami terkejut apabila senjata api itu meletup secara mendadak sebaik penjenayah menarik picunya. Kami kemudian bergegas melarikan diri ke bahagian belakang premis berikutan bimbang ditembak.

“Mujur penjenayah meninggalkan premis tanpa mengejar kami. Kejadian itu bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tersembunyi (CCTV) premis,” katanya.

Menurutnya, suspek disifatkan amat berani berikutan melakukan rompakan ketika premis dipenuhi pekerja serta terdapat pasar malam di hadapan kedai.


“Berdasarkan maklumat polis, suspek individu sama yang melakukan rompakan nekad pada jam 3 petang kelmarin di dua lagi pusat urutan tradisional di sekitar kawasan ini.


“Suspek sudah berkeliaran melakukan rompakan sejak dua minggu lalu dan gemar menjadikan pusat urutan tradisional dan refleksologi sebagai sasaran utama kegiatan,” katanya. Sementara itu pihak polis Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan menerima laporan dari mangsa berhubung kes rompakan dilakukan oleh lelaki tempatan itu.

sumber :utusan

0 Response to "DISANGKAKAN PISTOL TIRUAN RUPANYA PISTOL SEBENAR. TUKANG URUT BERTEMPIARAN LARI MENYELAMATKAN DIRI."

Post a Comment