Beliau yang telah kita tonton bersama sebagai pemuzik undangan ketika Konsert Akhir Kilauan Emas musim ke-4 baru-baru ini.
Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 6.30 pagi, disedari oleh isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.
Hasil daripada rakaman oleh Kamera litar tertutup (CCTV) di rumah tersebut, paparan ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.
Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.
”Sebaik mereka dapat masuk ke rumah ini, perompak tersebut kemudiannya telah mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta turut mengambil kunci kenderaan yang berada di dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.
“Ketika itu, hanya saya dan dua anak iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, berada di rumah, sementara Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim,” katanya pada sidang media, di sini.
Difahamkan, ia merupakan kejadian rompakan kedua, sejak menduduki rumah berkenaan, kira-kira 10 tahun lalu.
Hasmah telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat kira-kira pada jam 11 pagi tadi.
Katanya, siasatan lanjut tidak menemui sebarang kesan cap jari, namun pihaknya sudah menyerahkan rakaman CCTV kepada polis dalam bentuk cekera padat untuk siasatan.
"Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan hanya mampu menangis,” katanya.

sumber - SH
0 Response to "RUMAH MAMAT KHALID DIROMPAK RUGI LEBIH RM 100,000"
Post a Comment