Pelbagai Peralatan Canggih untuk meniru oleh pelajar Sekolah Tinggi di China.

Berjuta pelajar Sekolah Tinggi di China menduduki Ujian baru-baru ini telah ditangkap bersama peralatan-peralatan canggih yang diubah suai.


Di Shenyang, seorang pelajar telah ditangkap kerana memakai cermin mata  khas yang akan menghantar gambar hitam putih soalan peperiksaan tersebut kepada rakan di luar. Pelajar tersebut akan mengaktifkan kamera dengan menggunakan alat kawalan jarak jauh berupa seperti duit syiling. Jawapan akan dihantar oleh rakan pelajar tersebut.




Di Sichuan, 40 pelajar telah ditangkap kerana menggunakan pen canggih yang mempunyai kamera kecil dan jawapan akan diterima oleh mereka dengan menggunakan alat pendengaran telinga .
Peperiksaan Kelayakan Kemasukan ke Kolej, yang dikenali sebagai Gaokao, adalah merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan pelajar-pelajar di negara China.
Ujian tersebut akan menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki pusat-pusat pengajian tinggi di sana. Polis akan bertugas mengawal sekitar pusat peperiksaan, dan orang ramai yang membuat bising di situ akan dikenakan denda atau saman.
sumber: says

0 Response to "Pelbagai Peralatan Canggih untuk meniru oleh pelajar Sekolah Tinggi di China."

Post a Comment