PETALING JAYA, 30 Jun - Guru mahu lebih banyak masa bersama pelajar-pelajar mereka, dan kurangkan masa untuk membuat kertas kerja dan bermesyuarat.
Kesatuan Kebangsaan Profesion Keguruan (NUTP) berkata guru banyak menggunakan masa untuk aktiviti pentadbiran justeru tidak dapat menggunakan masa yang banyak sebagaimana yang mereka inginkan di dalam kelas.
Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng berkata sejak pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah secara digital, guru telah banyak menghabiskan waktu utama di sekolah untuk memasukkan data pelajar ke dalam komputer.
"Di samping beban kerja yang banyak, guru-guru juga memerlukan banyak masa untuk mereka membiasakan diri mereka dengan sistem dan program-program komputer yang mereka gunakan untuk tujuan ini," katanya. Lok juga berkata mesyuarat-mesyuarat yang diadakan disekolah antara guru-guru dan pengetua dibuat pada masa-masa yang tidak produktif, dan menggesa lebih "penglibatan profesional".
"Kadang-kadang mesyuarat ini berlanjutan selama beberapa jam, yang mana tidak sepatutnya begitu.
"Mesyuarat perlu merujuk kepada agenda, tetapi malangnya ia tidak berlaku di kebanyakan sekolah, itu adalah beberapa luahan guru-guru yang diterima," katanya.
Selain memendekkan masa mesyuarat, Lok mencadangkan supaya disediakan sekurang-kurangnya seorang pembantu guru di setiap sekolah kerajaan untuk membantu mereka dengan tugas-tugas pentadbiran dan membuat kertas kerja.
"Kementerian Pendidikan telah meluluskan rancangan untuk mengadakan pembantu guru sejak tahun lepas. Tetapi sehingga kini, ia tidak dilaksanakan, "katanya.
Lok berkata dengan adanya pembantu guru di sekolah, guru-guru akan dapat menumpukan perhatian yang lebih di kelas dan memikirkan tentang keperluan pelajar mereka.
Beliau memberikan response terhadap hasil laporan daripada Kajian Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan Pengajaran dan Pembelajaran Antarabangsa 2013, yang mendapati guru-guru di Malaysia menghabiskan masa selama 17 jam minggu untuk mengajar pelajar, berbanding dengan purata kajian ini 19 jam di negara lain.
Tinjauan ini melibatkan lebih 100,000 orang guru dari 34 buah negara termasuk Singapura, Finland, Iceland, Itali dan Sepanyol, dan dipungut data pada persekitaran pembelajaran dan keadaan kerja guru-guru di sekolah-sekolah di seluruh dunia.
sumber - themalaymail
Home » Dalam negeri
» Guru di Malaysia hanya Mengajar 17 jam seminggu berbanding 19 jam negara lain Mengikut Laporan Kajian Antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Guru di Malaysia hanya Mengajar 17 jam seminggu berbanding 19 jam negara lain Mengikut Laporan Kajian Antarabangsa."
Post a Comment