PENGUNJUNG RESTORAN SAKIT PERUT SELEPAS MAKAN NASI MINYAK PETROL
CONAKRY - GUINEA. Kecuaian seorang tukang masak menyebabkan ratusan pengunjung di sebuah restoran di ibu negara Guinea dikejarkan ke hospital akibat mengalami keracunan setelah dipercayai memakan nasi yang dimasak dengan menggunakan minyak petrol.
Menurut doktor yang tidak mahu dikenali berkata, kesemua 114 mangsa dilaporkan mengalami sakit perut, cirit birit dan muntah setelah menikmati hidangan di restoran tersebut.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian chef yang memasukkan minyak petrol untuk menyediakan hidangan nasi berkenaan," katanya.
Susulan kejadian itu, keadaan dihospital berkenaan menjadi kecoh seketika apabila ramai pesakit dan pelawat lain menyangka kehadiran mangsa keracunan adalah disebabkan wabak Ebola. -AFP.
0 Response to "PENGUNJUNG RESTORAN SAKIT PERUT SELEPAS MAKAN NASI MINYAK PETROL"
Post a Comment