Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu
dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke
institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya,
menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup.
“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia
kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi
menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya.
“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari
segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang
berasal dari Tawau, Sabah.
Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik
yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di
sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam.
Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya
ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam
setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa.
Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya
sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak
pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.
SUMBER: BH
SUMBER: BH
0 Response to "Ibu Anak OKU Ditemui Dalam Keadaaan Menyedihkan Tak Tahu Cara Nak Mohon Pertolongan "
Post a Comment