Berdasarkan kredibiliti, kualiti, serta pakej kejelitaan semulajadi yang ada pada dirinya, dia telah mendapat tawaran menjadi duta kepada berbagai-bagai produk.
Sensasi nama Nur Fazura Sharifudin ini diwarnai dengan pelbagai cerita seperi kes mahkamah, penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya dan juga tidak lari dari gosip percintaan dengan kerabat diraja.
Terkini meletus pula cerita tentang kononnya terjadi pada dirinya iaitu implan silikon payu daranya pecah sehingga beliau terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menjalani satu rawatan kecemasan.
Dan bila sahaja perkataan 'silikonnya pecah' ditulis dalam sebuah portal hiburan, pembaca berteka-teki, Adakah aktres jelita itu pernah menjalani pembedahan untuk memasukkan silikon agar payu dara miliknya lebih montok dan pejal.
Fazura turut dikatakan ada menerima rawatan di Hospital Serdang kerana komplikasi tersebut.
Tanpa mahu menjelaskan isu ini melalui talian telefon, pencarian media untuk mendapatkan penjelasan dari pelakon kini mencecah usia 27 tahun itu berakhir ketika majlis pelancaran wangian terkini, Herve Leger Femme, satu daripada rangkaian produk wangian Avon di Kuala Lumpur.
"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," jelas Fazura menafikan sekeras-kerasnya kaitan dirinya dengan isu silikon pecah tersebut
"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.
"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya.
Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.
Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.
"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.
Tutup kisah silikon pecah, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 itu turut diterjah soal keterbukaan terhadap kritikan dan persoalan pihak media.
Telah ada bisik-bisik mendakwa Fazura kini cepat melenting seolah-olah kisah peribadinya langsung tidak boleh disentuh oleh media.
Sekali lagi dakwaan itu dinafikan bagaimanapun luahnya, dia tidak gemar apabila ada pihak yang sengaja mengungkit semula kisah silamnya.
Saya cukup rimas apabila ada yang suka mengungkit-ungkit kisah silam.
"Dalam hidup ini, kita perlu memandang ke hadapan dan tidak perlulah bangkitkan lagi perkara yang telah berlaku," dia bertegas.
Jika itulah permintaan Fazura, keputusannya harus dihormati kerana setiap individu berhak ke atas dirinya, dan hak kemanusiaan Fazura itu tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Sampai ke tahap ini, pelakon berprofil tinggi seperti Fazura mungkin merasakan hidupnya bukan lagi untuk paparan di dada media seperti di awal kemunculannya dahulu.
Baca lanjut dari sumber asal : Malaysianvoicez
0 Response to "FAZURA AKHIRNYA BERI PENJELASAN ISU IMPLAN PAYUDARANYA PECAH"
Post a Comment