Posting ini adalah dari seorang blogger bernama Kamal Zawari Gazali Asamkipas
Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..
Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..
Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,
saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....
Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.
Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..
Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.
Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.
Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.
Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.
Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik
Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.
~~~~~
Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.
Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...
###########
Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :
1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.
2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.
3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.
4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada
5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.
Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
Salam.saya setuju utk mengadakan kutipan derma dan barangan kepada keluarga ini.email saya dan kita boleh bincang kan cara terbaik.isema_inc@yahoo.com
ReplyDeleteLihatlah keadaan adik Firdaus itu! bajunya yang reput menunjukkan dah berbulan tak bertukar. Bau hancing dan najis merata1 menunjukkan dah berminggu2 tak berbasiuh dan entah berapa lama pula tak dimandikan?
ReplyDeleteAlasan tak mempunyai masa kerana sibuk mencari ringgit tidak boleh diterima. Mengapa Pual Lola ada masa pula nak update facebooknya? Nak mandikan anak, tukarkan baju, rapikan rambutnya tak ada masa? Update status dan pos gambar2 cunnya ada masa pulak?
sgttt stujuuuu
DeleteBetul tu...baju bundle singgit banyak kot...
DeleteBeli mata palsu, amik gambar dalam kereta, pegi majlis...oakai tudung ala2 siti nurhaliza...alasan tak boleh diterima
Btol sye setuju...mcm mne bley dikatakan beli baju rm5 pn xmampu tp bli pkaian sndiri dia mampu n siap bley online fb..emmm perlukan siasatan lanjut klau mcm ni..
DeleteSangat stuju... alasan tak Munasabah. . Mmg tak logic langsung.. kot kot ade boy friend baru.. n thn malu ade anak oku..
Deleteplease la jgn ckp dia online fb pakai nokia 3310 ... :3
Deletenak tau sgt..ape motif artikel ni ditulis.
dan2 sakit,dan2 miskin,dan2 xmampu. nak bersihkan najis ank pon xmampu?? OT lebih2 sempat mampu pulak. rasenye penulis kne sedar.. kita boleh mengolah cerita,tp kte xboleh ubah ape yg nyata terjadi depan mata :(
statement bercanggah. tak logik akal. bende depan mata pn nak tegakkan lg.
Deletesetuju. Cer tengok pakaian & status update maknyer kat FB. Fitnah bukan org suka2 wat. Tgklah intipatinya. Admin jgn mudah percaya dgn cerita maknyer etc. Baca keseluruhan citer. Faham kejadian. Tgk bukti realiti. Tu bukan rumah sebenar [ada maklumat mengatakn]. Tue cuma rmh utk menempatkan Adik Firdaus tue jer. Rumah sebenar ialah dgn hubby dan anaknya yg satu lg. Tgk baju budak tu yg dah reput & badan yg cengkung giler pun boleh agak budak tu dah berbulan X dimandikan etc
Deletehanya allah s.w.t yg tahu sgale glnye...andai sngaje biarkan adk firdaus tu mcm tu,,brdosa krana tdak mnjage amanah allah s.w.t dngn sbaiknye...hanya mmpu brdoa untok mreka,,,,=( ksian tngokk.
Deletebudak tak cukup ilmu cmni la , main ckp je -_- .. FIRST , PEGI SANA SENDIRI ,LIHAT SANA SENDIRI .. ko tngok dari jauh .. orang tu tngok and dengar penjelasan FACE TO FACE! .. come on la .. mcm apa yang penulis ni ckp , pegi sana dulu kalau xpecaya .. ingat FITNAH ITU BERDOSA BESAR!!!!!!!! .. aq pun xberani ckp apa2 .. korang sbgai umat islam ni , main hantam je ckp .. korang ada bukti kukuh ke? .. adoiii , tak matang betul la korang ni
Deleteorang kalau nak lari dari salah,memang banyak helah.. knapa mak tu tak bagi je budak tu dkt kebajikan? kalau x mampu? kalau xda masa nak jaga? knapa siksa budak tu sampai mcm tu? itu pun nasib allah masih syg budak tu..org jumpa,kalau x jumpa? mgkin mati dah budak ni? kalau ya pun kurung sbb x dpt jaga sbb dia hyperactive? knapa x bagi makan? knapa x bagi pakai? sampai mcm org afrika budak tu kena naya.. pakai common sense laa. hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih..
DeleteSgt stuju. .. alasan yg d beri x munasabah lngsg... klu ya pun susah... xkn xboleh urus anak lngsg?? Admin yg tulis ni pun ntah apa2 ja... xpaham lah...
Deletesetuju sngt...cerita tak logik...hurmmm
Deletekesian kat adik tu.. klw iya pn xda masa, tukar baju dia kejap, brsih kn tmpat dia tdo, bg mkn sblum trun gi keje.. ntah mcm mna keadaan dia tdo kn.. hurmm
Deletebila org boleh updateFB ni ikut adat tu memang dia mampu.... ada 2 cara ja nak update fb ni sama ada melalui komputer atau smartphone.... topup/line boleh sara tak kan anak takleh sara?? bagi alasan mcm ni kat org gila pon org gila tak leh terima....
DeleteAku tak setuju kalau puan lola tak sempat nak jaga anak..tak kan selai baju pun tak mampu nak beli...bundle banyak yg murah ape...ni semua poyoooo punya alasan...
Deletesimpati dgn keadaan keluarga ini. tpi xsetuju cara maknya... xkanlah pengotor sangat! sorry to say
Deletemabuk ketum ke yg bela mak die tu..
Deletemasalahnya adik firdaus tu kurus kering sangat macam dah berbulan tak makan..kalau betul miskin, kenapa puan lola pun tak kurus kering jugak?? hmmm....
Deletex perlu k.nor membela ibunya..Allah nak tunjuk kezaliman ibunya..Alhamdulillah Allah melindungi adik firdaus..tgk pakaian ibunya...alasan tak boleh diterima akal...buat anak macam haiwan..sedihnya hidup adik firdaus x dapat kita bayangkan..
Delete@@ His mother Come back? I don't believe
DeleteMohon ibu adik Firdaus memohon keampunan illahi di atas pengabaian ke atas anak-anaknya...tak perlulah nak menuding jari kepada semua orang yang tak membantu.......bagaimana nak membantu andai kiranya ia disembunyikan..seolah-olah tidakmahu lagi lihat adik Firdaus ni hidup...Subhanallah Maha Suci Allah.....berilah mereka petunjuk...
DeleteSetuju dgn zane
ReplyDeleteapa fb pn lola? blh bg link takk?
DeleteImashima Lola
DeleteSetuju dgn zane..cuba utk memahami tp xboleh sbb sy pon seorg mak..xgamak le biar anak sampai baju jadi reput cmtu..bkn bg pakai baju reput...tp baju tu xpernah ditukar2 sampai la reput..sorry i couldnt buy it
ReplyDeletebagaimana cara nak bantu mereka, ada siapa tahu
ReplyDeletebagaimana cara nak bantu mereka, ada siapa tahu
ReplyDeleteDengar wanita umno negeri9 dah tubuh tabung untuk kanak2 malang ini
DeleteMungkin anda boleh salurkan bantuan kat tabung tersebut
Saya tak faham knp Puan Lola tidak pergi untuk memohon bantuan kerajaan. Saya mempunyai anak sedara OKU...dapat bantuan elaun bulanan dr kerajaan, sekolah istimewa, ulang alik kenderaan, dapat fasiliti kerajaan spt telefon, naiki kenderaan awam...dan bagai2 lagi. Yang menjadi tanda tanya...kenapa tiada masa untuk menjaga kebersihan tempat tinggal...kenapa dibiarkan anak tu kelaparan...kenaoa tidak terurus urusan anak2?? KENAPA.?? Sebagai seorg ibu...dan saya juga seorg ibu...akan sanggup berkorban...apa sahaja utk anak2...kenapa Pyan Lola tidak memikirkan kepentingan, kebersihan, keprihatinan dan ehsan terhadap anak2nya tambahan anaknya seorg OKU.
ReplyDeleteko ingat Puan Lola tu ada masa ke nk layan apa2 benda buruk korang ckp kt dia?? .. tak puas hati face to face la .. u ckp berdasarkan apa yang u nampak melalui media .. ingat , bersangka buruk terhadap orang lain dan menyebabkan orang lain yg membaca ni bersangka buruk terhadap Puan Lola tersebut .. bagi u dosa .. bagi fakta , bagi bukti yang kukuh baru boleh cakap ..
Deletesebagai seorang ibu..memang tersentuh rasa hati bila melihat keadaan seorg anak yg tidak berupaya terbiar mcm tu..semua manusia ada masalah sendiri..tapi dalam hal menjaga anak..adalah amat penting bagi kita sebagai seorg ibu untuk memberi wlaupn sedikit perhatian..perhatian untuk seorg anak kurang upaya berbeza dgn yg normal..ianya memerlukan perhatian n penjagaan yg penuh...sebagai seorg ibu..saya rasa andainya kita xmampu ataupun xda masa utk menjaganya..msih ada inisiatif lain yg bleh kita lakukan..kita ada kmudahan spt internet ataupn kwan2x utk bertanya apa yg patut dlakukan...kerana akibat kelalaian dan kealpaan ini, kita bleh membuat org lain sibuk menunding jari dan menyalahkn kita..apa2x pn semoga adik Firdaus sentiasa sihat dan dlm jagaan yg sempurna..
DeleteMemang sangat bodoh untuk orang yang ada masa untuk update facebook tapi takda masa nak jaga anak sampai tahap kritikal. Memang bodoh.
DeleteTak setuju...sesibuk mana pun seorang ibu tidak blh membiarkan anknya menjadi mangsa...ramai lg ibu tunggal diluar sana yg lbh susah..ank ramai..tinggal dibandar besar...tp tidak mengabaikn anknya...baju tidak akn reput dlm masa deminggu dua...badan tidak akn menulang dlm srminggu dua..najis berteraburan...adakah salah para pembaca memberikan komen negatif...lihatlag tudung..baju..yg lola pakai...bekerja as a katering .mpelayan katering..overtime..rasanya blh berbelanja baju dipasar mln...rambut ank blh du potong sendiri...hendak seribu daya..takmau setibu dalih
ReplyDeleteSetuju
Deletesaya masih x mencapai akal logik dgn keadaan adik firdaus kurus,baju kotor, tmpt kotor, klu diikutkan bz itu x boleh nak kait dgn kotor mcm tu, takkan miskin smpi air xde kat rumah nk bersihkan anak, xde duit beli baju pun sarung la dgn apa2 yg bersih, anak no dua tgk bersih je pakaianya, xboleh nk terima, apepun hanya ALLAH sahaja yg tahu,
ReplyDeleteSy juga terharu dengan berita ni tapi sy tidak faham kenapa mohd firdaus ditempatkan di tempat yg kotor dan tidak diurus .tiada wang , miskin ....bukan satu alasan utk tidak membersihkan tempat tinggalnya..dia nampak sgt dlm keadaan terabai....
ReplyDeleteIni bukan soal fitnah, tetapi realiti bersama bukti! Biar semiskin atau sesibuk mana sekalipun, sebagai seorang ibu yang waras tidak mungkin tergamak membiarkan anaknya apatah lagi seorang OKU berpakaian reput dan hidup keseorangan dalam keadaan amat memilukan berminggu minggu? Adakah kesempitan wang ringgit dan kesibukan kerja itu sebagai penghalang utama? Maaf, ramai pengemis yang mengemis pagi, petang dan malam bersama anak kecil diluar sana lebih prihatin pada si kecil mereka.
ReplyDeleteWanita UMNO ada tubuhkan Tabung Adik Firdaus. Boleh la salurkan kepada tabung tersebut.
ReplyDeleteDunia ini penuh sandiwara...jauh tertanya tanya...baca tak caya...dengar tak caya...lihat sendiri pun lum tentu percaya...Pandangan mata selalu tertipu
ReplyDeleteKenapa org itu juga baru muncul selepas berita ini menjadi viral? Kenapa dia berhati mulia tidak pernah hendak mengambil tau sebelum ini padahal dia tau Puan Lola 'sgt sibuk' bekerja. Pernahkah dia sebagai rakan yang 'sangat prihatin' bertanyakan ttg nasib anak OKU yg ditinggalkan akibat kesibukan Puan Lola. Kenapa baru sekarang? Kalau Puan Lola tak tau cara nak hantar anak ke JKM kenapa dia tidak bantu dr dulu lagi utk mudahkan urusan anak ini. Why now?
ReplyDeleteNak tmpang famous laa tu... Tulah baru muncul skrang... ataupun mmg mnjadi utusan dr family mak dia... spaya siibu tak kn hukum. .huhu... Tak payah byk alasan Rupa bdk tu dah cukup ntuk membuktikan. ..
DeleteBile dah kantoi mcm mcm alasan.. Dahlaa alasan xlogic langsung... Rupa tak super dg alasan yg di berikan. .. klu pnuh kasih syg tak kan budak tu jd mcm tu....
ReplyDeleteIf we want to defend this suppose to be good mother, we need to look at the reality of the situation. Ok you say she is busy earning money, well let's just take 15 mins a day to spend with child, that's the longest mins I give the mother, He won't be looking like living skeleton if the mother takes 3 to 5 mins, to bathe the child daily..another 5 mins to feed & 5 mins to at least clean his room. Everyday 5 minutes of cleaning, the room will look clean & comfortable to live in. Compare the mother & the child's physical look, what do you see & how you judge it? Why didn't she go for help? Why kept the child isolated from other community of the flat? If the child was not found, what would have happen to him? So when do you think the mother was going to start caring him? When she have enough money? When she strike richness? Oh please! be sensible.
ReplyDeleteTotally agree with u aunty..poor boy
DeleteEncik mohd kamal zawari, saya rasa awak ni tk berapa betul mcm puan Lola yg 'bagus' sgt menjaga anaknye. Tk perlu nk backup la org mcm puan lola. Emak yg sanggup biarkan anak yg oku tinggal tulang kekeringan tu yg ko suruh kami simpati???? Akal ada ka?? Ko suruh kami sedekah kt mak dier? Buat hape? Nak soh beli tudung liplap kat mak dier?
ReplyDeleteKo ni ada kena mengena agaknyer dgn si lolak tu. Sbb tu statement ko beria2 sgt bela pompuan tu.
Aku nasihatkan ko daripada ko buat statement yg macam taik pasal su lolak ni , lebih baik ko puasa smpi ko tinggal tulang mcm adik firdaus. Jgn lupa belikab baju byk2 untuk adik
Senang cerita.... berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. tak rasa apa yg mereka rasakan... setakat komen2 negatif budak tadika pun pandai.... tentang yg kata pengasuhnya nak glamer baru muncul tu.. sah dia dah berkahwin dia ikut la suami dia.. dan dia sendiri tak diberitahu keadaan adek malang ni... walaupun berkawan baik... soalan mudah utk diri sendiri.. adakah kamu tau perasaan sahabat baik...kawan.. suami.. dan isteri kamu sendiri...? Kamu akan tahu bila diberitahu.... ada akal gunakan... jgn hanya tau mencari kesalahan org lain.. dosa sendiri pun tak tertanggung.. ditambah tambah dgn mencaci dan fitnah org lain sedangkan kita tak tahu kisah sebenarnya... jadi... fikirkan lah...
ReplyDeleteBtol kate yg lain2...xmampu btol...tp kt fb...pic kat event...cntk bergaya...Update2 fb lg...mane dtg smua tuh...anak kt umah dibiar mereput...sape yg nak back up tuh sila laa bg alasan yg munasabah n logik....
ReplyDeleteUntuk makluman shbt:
ReplyDelete1) Pihak hospital keluarkan statement akan menjaga adik Firdaus sampai pulih sepenuhnya
2) JKM [Jbtn Kebajikan Masyarakat] tampil keluarkan kenyataan. Katanya, JKM akan menjaga adik OKU @ Firdaus
Xpayah dah nak hulur baju, kutipan derma kilat dan apa bagai.
Sebab adik Firdaus lebih terjaga bila Hospital & JKM [Kerajaan Pusat] dah cakap akan bagi komitment penuh. Klu nak bg duit, bg kat sapa. Dia OKU. X reti guna duit. Sedara mara mmg X pernah ambik port. Kecuali la. Nak ambik kesempatan dana yg akan masuk. Bagi maknya, keperluan sekarang ialah bagaimana nak buat statement lepas diri dari dikenakan tindakan undang2. Hehehe
Jenuh nk mnjwb owner blog. . Hahahaa crite xmnasabah
ReplyDeleteAku suka komen2 disini, ada yang lebih bodoh dari segalanya, dan ad yg lebih bijak dan bertimbang rasa. Mcm nih lah, kita x berada ditempat dia, jd kenapa kita boleh bg pandgn kita padahal kita ada laptop, ada pakaian yg mencukupi, ada duit yg mencukupi, dan kita dduk diseblik laptop dan komen mengata itu dan ini. Apa kata, kita sendiri pergi, dan kita cuba menjadi seperti ibu beliau, x eloklah kita fitnah lebih2 lagi di zaman fitnah ini. Wallahualam.
ReplyDeletesaya sokong Ijaf..sy bkn nk memihak sape2..tapi kita tak thu pnderitaan yang dialami mereka..kite hnye tgk adik firdaus dijumpai dan buat pelbai kesimpulan..sekian
DeleteBukan nk menyalahkan si ibu, tetapi si ibu sepatutnya meminta bantuan - keadaan adik itu ditemui tidak menghalalkan alasan nya.......wallahu alam..
ReplyDeleteSAYA TAK PERCAYA!!
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=717065921673542&set=p.717065921673542&type=1
ReplyDeleteTengok lah berapa gaji si ibu malang ni..
x yah nak backup la.... org susah tggl dlm hutan pon pndai jaga kebersihan.... x pe rumah kosong.. tp dah semak samun mcm tu... 1000 kali aku x pecaya ckp hidup susah x da masa... da dasar pemalas, x hati perut...
ReplyDeleteSebenarnya Allah telah menolong adik Firdaus...dan membuka mata kita......dan lau si ibu yg bersalah bialah Allah yg menghukumnye...sape kita nk menghukum die...kita pn same mcm die xlari dari membuat kesilapan...Allahhualam
ReplyDeletealasan hanya untuk tidak dikenakan undang aje tuhh..dah tak boleh sembunyikan apa2 da.xkn la xda masa lansung nk uruskan firdaus?anak yg sorg lg ok je,bersih je,terurus aje..tp nape firdau dn baju yg entah da bertaun xtukar..rumah pon mcm da lama tinggalkan.kena pikir gak knape pihak berkuasa dtg?sbb dapat aduan dari jiran2 yg lain.konfem tau cerita sebenarnya.ape2 pon bgus la nasib adik firdaus lepas ni akan dijage dgn baik.anak ni rahmat n rezeki yg allah bg.pelihara dan jaga la ia seeloknya.syurga la tempatnya.
ReplyDeleteAlasan tak munasabah....ada FB menunjukkn ibunya celik iT....klau nk minta bantuan kewangan byk pihak yg boleh membantu....klau dh kurus kering sampai mcm tu sekali...entah berapa lama diabaikan tanpa beri makan....
ReplyDeletesy seorang oku..sy tau kisah dunia oku..daftar kt JKM..sebulan dpt paling kurang rm150..mohon zakat..blh dpt dlm rm500 sebulan..klau nk raya dpt rm800..zakat akan bg bantuan peralatan mcm pampers..wheelchair..beras..tepung..minyak masak..gula..susu..alasan xde duit n masa nk tukar baju anak..mandikan anak..mcm x masuk akal..ayah saya dah meninggal..mak x kje..alhamdulillah..masih dpt uruskan hal JKM..yg penting semangat..klau btl sayang anak..xde yg menghalang..
ReplyDeleteAdmin n isteri hang ada tanya tak si lola 2 bgi makan ank dia last bila???..
ReplyDeleteSi penulis pun bodoh..kau tak fikir ke..baju mcm tu sekali kotor takkan selai pun tak mampu beli...nampak sangat mak dia memang dah benci ngn adik firdaus....nak buat ape kutip derma
ReplyDelete?..nak bgi mak dia pakai boleh beli tudung baru..baru boleh selfie kat fb hahahaha poyooooo
mmg la susah...tp xkn sampai tahi smpai atas kepala,kurus kering mcm tu...subhanallah
ReplyDeleteTakkanlah dibiarkan anak dia sampai badan kering nampak tulang sampai perut pun macam dah tak wujud? Sekadar pergi ke hospital bukan alasan yang wajar sebagai sebab dia tinggalkan anak dalam keadaan macam tu . Alasan paling tak munasabah dalam dunia yang kau bagi. Takde mak dalam dunia yg sanggup tgk anak dia pakai pakaian reput macam tu sedangkan dia semuanya baju baru.
ReplyDeleteBukanlah kami nak tuduh sebarang atau memfitnah. Tapi tak logik sampai baju boleh reput gituu. Anak kebulur macam apa. Penulis tak fikir dua kali ke sebelum pos? Apehal pandai sangat buat alasan gitu.
Kita masih mencari kebenaran. Takpe.
Dekat dunia bolehlah bagi alasan. Tengok diakhirat kelak. Siapa yang betul siapa yang salah.
Banyak "teramat miskin" engkau..cuba baca kenyataan majikan puan Lola dalam harian Metro,
ReplyDelete"Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.http://www.hmetro.com.my/articles/GajibersihLolaRM1_549_38//Article?BeritaUtama
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.
“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.
Mna pi jiran2 selama nie...pihak NGO baru sekarang nk bertindak..apa yang kerajaan lakukan pada golongan miskin...setakat brim belum tentu mampu mngubah keadaan.
ReplyDeleteHELLO..24jam sehari....x de ruang masa untuk anak ke?? Penulis nie Nak usha Mak budak ni kot...ada otak guna yea..Kalu x..jgn jadi penulis...k
ReplyDeletesaya tak setuju la si lola ni baik sangat kalau anak sampai macam tu...mana ada manusia yg jd kurus kering dalam masa 2-3hari...mana ada baju reput dalam seminggu, mana ada rambut boleh panjang dalam seminggu, bilik tu lg dikatakan ada najis dan tanah merata-rata...sya diet tak makan nasi sebulan pun kurang 4kg saja
ReplyDeleteBila baca nie, kelakar pun ada... Allah maha pengasih dan penyayang, tentu ada sebab adik nie ditemui, tentu ada sebab mak dia kena caci, semua bersebab..so jgn pertikai urusan Allah, org di luar bkn nk buat fitnah, da nampak dgn mata begitu keadaan nya... if biasa biasa saja tentu org akan fhm nie teruk sgt, sampai baju mereput di badan, x masuk akal, x bole salin baju adiknya ke or salin baju pn lola sendiri, masalahnya if org jumpa pn lola n anaknya yg satu lagi tu reput juga baju di badan mereka, kami fhm lah... nie knp nampak hidup pn lola normal? Siap bole g dinner, update fb... mak sy ibu tunggal, kerja di kedai mkn dgn gaji jauh 30 ringgit satu hari.. hidup kami pun ibarat kais pagi makan pagi tp adik sy x dibiarkan, baju kami bertukar biar x semahal org lain... maksud sy disini, banyak lagi org susah, adik sy pun hyper, tp apa yg pn lola buat pada ank pn, x masuk akal...sekian. sysyg mak sy.
ReplyDeletemanusia dan lakonan berpisah tiada.
ReplyDeleteape fb mak dia..nk tengok la...................
ReplyDeletepatutnya kerajaan JKM atau kerajaan negeri wajib bantu keluarga takkan sampai ibu kena tangkap polis sebab abai anak disebabkan kena kerja OT utk sara keluarga. yang patut kena tangkap ialah pemimpin kerajaan kerana abaikan rakyat...
ReplyDeleteAdoi klu x minta mcm mcmana nk tolong...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKencing berketul ketul, dah kena maki baru nak keluar cerita itu dan ini. Kami sekeluarga pon miskin juga mak ayah tak keje, adik beradik semua tak keje pon tak ada lah hidup mcm tu. Alasan je tu takut kena ambik tindakan. Apa pon tak boleh.....!
ReplyDeleteokey aku leh terima alsan yg kte xd dlm situasi si lola nie..sbb tu kte xrasa.. helloo kamon la gaji ko boleh dkatekn tinggi la jgk..sewa umh ko brape?? umh flat jer pn kn.. instmnt kate?? bkn pkai kate BMW pn kn.. so klu nk bg alasan konon brprgsaka baik.. biar la lojik cikit cik writer oiii.. klu btl mmg si lolak nie mmg hidup sgt susah.. nk beli pkaian rm5 pn xmampu yer?? tudung ko bkn main mereliq lg kn.. paling ciplak pn arge tudung mcm tue mayb dlm Rm10.. mampu plak ko kn?? kite boleh terima klu keadaan mak adik firdaus nie pkaian nye dgn ank nyer same lusuh..Xtrurus.. tp sbalikny tidak kn?? bkn main melawa lagi.. So aku plak nk nasihat ko writer blik tgk 10x video (prnemuan adik firdaus) tue balik k..sekian
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirojiun. ..
ReplyDelete