AMPANG: Siapa yang telah buat cerita tentang penyanyi rock Awie (Wings) memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank?
Awie hanya akan menjelaskan tuduhan itu jika sekiranya ada terdapat bukti yang dia telah berbuat demikian.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan tersebut adalah semata-mata fitnah terhadapnya.
Menurut beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan Long Jack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.
"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.
"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.
"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.
Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini dan hal tersebut telah meluas di dalam media-media online.
sumber - mstar
0 Response to "Siapa yang buat cerita Awie (Wings) pukul isterinya?"
Post a Comment