Inilah dia "The Power of Hand" yang sebenar.


Saat-saat yang mencemaskan Tor Bowling berhadapan dengan seekor gajah berjaya dirakamkan oleh rakannya ketika beliau berada di Phu Luang Wildlife Sanctuary Thailand.


Seperti dalam Lawak ke Der...Harith Iskandar membuat lawak tentang pengguna jalan raya di Malaysia yang menngunakan tangan untuk menghentikan kenderaan semasa melintas jalan, tetapi di Thailand lebih hebat kerana Tor Bowling menggunakan Kuasa Tangannya ("The Power of Hand") untuk menghentikan seekor gajah yang berang.

Malah dia sempat dan tersenyum melihat kepada kawannya yang merakam aksinya itu. Kalau mengikut logik akal, tentulah sesiapa yang berhadapan dengan situasi ini akan menjerit ketakutan dan lari lintang pukang. Tetapi beliau tetap "cool dan steady". Itulah yang dikatakan "The Power of Hand".

0 Response to "Inilah dia "The Power of Hand" yang sebenar."

Post a Comment