Tangkapan dilakukan sendiri oleh suami wanita berkenaan
ketika lelaki terbabit bersembunyi di sebalik timbunan pakaian di tepi katil
dalam bilik rumah itu, kira-kira jam 1.20 pagi. Suami wanita itu juga seorang
anggota polis.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang,
yang mengesahkan tangkapan itu, berkata kes terbabit diserahkan kepada Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut.
“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita
itu tetapi lelaki terbabit tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan
lagi anggota polis.
Kes dikendali JAIS
“Kes akan dikendalikan oleh JAIS,” katanya ketika dihubungi
semalam.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh suami wanita
berkenaan, ketika pulang ke rumahnya, dia mendapati pintu rumah berkunci dari
dalam sebelum dibuka oleh isterinya selepas diketuk.
Selepas memasuki rumah, pengadu menemui bantal serta selimut
terbentang di ruang tamu, lalu mengesyaki ada yang tidak kena kerana isterinya
kelihatan gelisah.
Pengadu kemudian membuat pemeriksaan bilik air dapur dan
stor belakang serta bilik hadapan dan mendapati tiga anaknya sedang tidur.
Dia kemudian memeriksa bilik tengah dan selepas membuka
lampu, melihat seorang lelaki berbaring di susunan pakaian di tepi katil.
Isteri pengadu memberitahu lelaki itu adalah kawannya.
Berikutan itu, pengadu menahan lelaki terbabit serta
isterinya dan membawa mereka ke Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi untuk
membuat laporan.
sumber: BH
0 Response to "BEKAS POLIS DITANGKAP BERKHALWAT DENGAN ANGGOTA POLIS OLEH SUAMINYA YANG JUGA POLIS DI KUARTERS POLIS"
Post a Comment