La Orde Suspek pembunuhan Kejam Pegawai Ambank Bertanya Soalan Pelik Sebelum Bunuh

Salah seorang daripada saksi pendakwaan dalam perbicaraan, kes bunuh pegawai Ambank Norazita Abu Talib memberitahu kepada mahkamah bahawa tertuduh Ode Ardi Rasilla, 36, ada bertanya soalan yang pelik kepadanya sebelum beliau menembak mangsa dengan senapang jenis pump-gun.


Ifasri Wahyuni Mansur, 21, yang merupakan seorang kakitangan Ambank, memberitahu mahkamah bahawa mangsa juga bergerak dan berpusing ke arahnya sebelum jatuh rebah akibat terkena tembakan tersebut.

 “Kak Ita (Norazita Abdul Talib) bergerak dan berpusing ke arah saya sebelum rebah,” katanya semasa dimita untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut yang berlaku pada 23 Oktober tahun lepas. Menurut Ifasri Wahyuni, pada petang sebelum kejadian,  terdapat hanya ada empat orang kakitangan bank di dalam premis itu iaitu Arzanna Abdullah (Kak Ana), Norazita (Kak Ita), Laila Azwa dan seorang pengawal keselamatan iaitu tertuduh La Ode.

 “Tertuduh datang ke kawasan mesin fotostat di bahagian belakang bank dan bertanyakan soalan yang pelik.. Dia bertanya, bila saya mahu pulang dan dan sama ada lama lagi hendak siap kerja kerana dia (La Ode) ada perkara perlu dilakukan.

 “Tidak lama kemudian saya terdengar bunyi kuat dan nampak asap keluar ketika sedang melakukan pemfailan di kaunter operasi. “Saya pusing ke belakang dan nampak Kak Ana terjatuh dekat pintu bilik simpanan wang, dia minta saya untuk tengokkan Kak Ita yang sudah terbaring, tetapi tertuduh mengacukan pump-gun dan arahkan saya masuk semula ke kaunter operasi,” katanya.

Ifasri Wahyuni ketika disoal telah memberitahu mahkamah bahawa selepas mengikut arahan suspek
telah masuk ke kaunter operasi, Arzanna sekali lagi memintanya melihat keadaan Norazita. “Ketika itu saya sekali lagi masuk ke bilik simpanan dan melihat La Ode mengambil beg hitam dan ‘pump gun’ sebelum beredar .

“Ketika itu saya lihat Kak Ita masih bergerak. Dia berpusing ke arah saya dan Laila Azwa sebelum rebah dan tidak bergerak lagi,” katanya yang juga saksi kesembilan pendakwaan.

 Perbicaraan kes berkenaan sudah pun bermula kelmarin dan ditetapkan selama lima hari sehingga 28 Jun di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Allahyarham Norazita ditembak dari jarak dekat oleh tertuduh sehingga berkecai sebahagian wajahnya dan visual itu berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan pada hari kejadian.

– MYNEWSHUB.MY

0 Response to "La Orde Suspek pembunuhan Kejam Pegawai Ambank Bertanya Soalan Pelik Sebelum Bunuh"

Post a Comment