Penjual sate dapat untung berlipat-ganda kerana tiru stail rambut Kim Jong-Un

Strategi Bijak dan mengena!!!! Penjual sate dapat untung berlipat-ganda kerana tiru stail rambut  Kim Jong-Un. Kalau tak tengok betul-betul, pasti orang ramai akan menyangka Manchu Tuan adalah pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un.

Beliau sendiri tidak sedar tentang perkara ini sehinggalah ada pelanggannya meminta untuk bergambar bersama dengannya.

Dengan stail rambut demikianlah, pelanggannya mulai bertambah kerana setiap kali membeli sate, pelanggan yang membeli turut ingin bergambar dengannya.

Keuntungannya membolehkan beliau mengupah pekerja untuk menguruskan sate tersebut. Kerana beliau terlalu sibuk bergambar dengan pelanggan.


Malahan pekerjanya juga merungut kerana secucuk sate pun tak terjual kalau Manchu Tuan tidak ada di situ.









0 Response to "Penjual sate dapat untung berlipat-ganda kerana tiru stail rambut Kim Jong-Un"

Post a Comment