Buat kali ke-3 nampaknya Luis Suarez menggigit pemain lawan di tengah padang ketika perlawanan bolasepak sendag berlangsung.
|
ESPN |
FIFA sudah membuka kertas siasatan dan mendakwa Luis Suarez kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
|
ESPN |
FIFA dalam kenyataannya, mendakwa jawatankuasa disiplin sudah membuka kertas siasatan ke atas penyerang Uruguay.
Panel itu mendapati Suarez bersalah menyerang lawan.
Mengikut peraturan FIFA, Suarez boleh digantung antara dua perlawanan dan maksimum 24 bulan.
FIFA turut meminta pasukan itu mengemukakan bukti sebelum 5 petang ini.
Keputusan itu akan dibuat sebelum Sabtu iaitu sebelum pertemuan antara Uruguay dan Colombia.
Uruguay layak ke pusingan 16 pasukan selepas menumpakan Itali 1-0.
Tapi, seminit sebelum gol dijaringkan, Suarez dilihat bertelagah dengan Chiellini dan rakaman telesvisyen jelas mendapati dia menggigit bahu pemain pertahanan itu.
Pengadil, Marco Rodriguez dari Mexico dikatakan tidak nampak kejadian itu dan tidak mengambil sebarang tindakan.
Penyerang Liverpool itu pernah digantung sepuluh perlawanan selepas gigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, tahun lalu.
0 Response to "FIFA dapati Lus Suarez bersalah Menggigit Pertahanan Itali dalam Piala Dunia 2014"
Post a Comment