Nak menang pemain Malaysia mesti pandai berlakon di padang.

Paulo Whitaker/Reuters
Banyak perkara yang perlu ditingkatkan oleh pemain Malaysia sekiranya berhasrat untuk ke Piala Dunia. Selain daripada barisan pertahanan yang konsisten, sentuhan yang mantap oleh pemain midfield dan juga keupayaan menghasilkan serangan berbisa ke kubu lawan oleh barisan penyerang.

Di antara penambahbaikan yang perlu bagi pasukan bola sepak Malaysia lelaki ialah berlakon sakit di padang.

Adakah pemain bola sepak Malaysia tidak pandai berlakon? Jika demikian, mereka haruslah cuba untuk meningkatkan kemahiran ini.


Mathieu Valbuena of France falling beside Wilson Palacios during a 3-0 victory over Honduras on Sunday in Porto Alegre, Brazil. CreditAndrew Medichini/Associated Press

Berlakon adalah sebahagian daripada kemahiran aras tinggi dalam permainan bola sepak. Tujuannya adalah untuk memaksa pengadil membuat keputusan yang akan menguntungkan pasukan dengan aksi-aksi lakonan yang  nampak seperti menderita kesakitan itu.

Sebagi contoh insiden lakonan Fred, pemain Brazil yang menjerit dan jatuh ke tanah telah berjaya menarik perhatian pengadil.

Beliau bijak berlakon seperti konon-kononnya dikasari oleh pemain pertahanan Croatia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 telah menyebabkan pengadil Jepun, Yuici Nishimura memberikan sepakan penalti kepada Brazil.

Kita boleh rasa benci dan geram kepada Fred yang berlakon, tetapi apa yang penting Brazil berkemungkinan besar akan mara ke peringkat seterusnya setelah mencapai kemenangan ini dan patut berterima kasih  atas keberkesanan lakonan Fred itu.

Oleh itu pemain Malaysia seperti Safee Sali bolehlah belajar berlakon mulai sekarang.



0 Response to "Nak menang pemain Malaysia mesti pandai berlakon di padang."

Post a Comment