Lewin terpaksa diusung untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital selepas cedera ketika menyaksikan perlawanan England menentang Itali pada Piala Dunia 2014.
England bernasib malang hari ini apabila ditundukkan oleh Itali 2-1 pada perlawanan pertama Piala Dunia 2014, nasib malang itu nampaknya berterusan kerana England mungkin berhadapan dengan kemungkinan kehilangan khidmat Gary Lewin pakar fisioterapi pasukan itu.
Semuanya adalah gara-gara beliau terlalu gembira dengan jaringan gol penyamaan oleh bintang Liverpool Daniel Sturridge pada minit ke-36 perlawanan itu hingga menyebabkan Lewin mengalami kecederaan.
Ketua Fisioterapi berusia 50 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian buku lali semasa meraikan gol yang membawa kepada kedudukan seri 1-1 bersama pemain simpanan dan pegawai pasukan itu di tepi padang.
Pemeriksaan awal mendapati kecederaan pada buku lalinya agak serius hingga terpaksa diusung keluar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Lewin sudah lama berkhidmat sebagai fisioterapis pasukan itu, malah meletak jawatan di Arsenal pada 1996 untuk memberi tumpuan sepenuh masa bersama England.
Berpengalaman luas dalam bidang fisioterapi, Lewin pernah bersama Arsenal selama 22 tahun.

sumber : mstar
Related Posts :
MAHKAMAH MEMBEBASKAN LOLA DENGAN JAMINAN OLEH MAJIKAN YANG PRIHATIN Seremban: Ibu remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, dibebaskan dengan jaminan selepas wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja … Read More...
Video Pelajar Sekolah Menengah Sains Johor Yang Menarik Perhatian Khairy Jamaludin Video yang dihasilkan oleh pelajar dari Sekolah Menengah Sains Johor ini telah mendapat pujian daripada Menteri Belia dan Sukan, En Kha… Read More...
PENDAPATAN RM8,000.00 LAYAK BELI RUMAH Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)Daftar Borang Permohonan rumah PPA1M : Pendapatan & Gaji RM8,000 Ke Bawah Layak Beli Perumahan PPA1M : Jumlah penduduk di Malaysia suda… Read More...
Ibu Terkejut Anak Gadis Hilang Ketika Hendak Bersahur Parit Buntar: Luluh hati seorang ibu apabila anak perempuannya yang juga anak sulung disedari menghilangkan diri sewaktu ingin dikejutk… Read More...
REZEKI BERTAMBAH !!! PEGAWAI KANAN GRED 54 KE ATAS DIBERIKAN SEMULA ELAUN KERAIAN, BAYARAN TOL DAN NAIK TARAF KELAS PENERBANGAN Bermula 1 Julai ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan semula tiga daripada 11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor awa… Read More...
0 Response to "England kalah dan hilang khidmat Fisioterapi mereka"
Post a Comment