Facebook adalah merupakan satu media sosial yang membolehkan kita bertukar-tukar maklumat di antara satu dengan yang lain, mencari balik kawan yang lama terpisah, merapatkan ikatan dan hubungan silaturahim bagi mereka yang jauh di perantauan serta menjana pendapatan melaluinya.
Walaubagaimanapun sering ditimbulkan oleh pengguna Facebook adalah bagaimana cara untuk memadamkan akaun facebook apabila keluarga mereka telah menginggal dunia kerana tiada seorang pun daripada ahli keluarganya yang tahu kata laluan Faceboook si mati.. Berikut adalah cara mendelete akaun Facebook orang yang telah meninggal dunia yang dikongsikan oleh blogger khairulzamri.com..
Langkah-langkah untuk Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Facebook menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
- Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
- Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun begitu adalah mustahil untuk pihak Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati jerana ia adalah satu polisi mereka.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah?
Delete Akaun Facebook
Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
1. Pergi ke laman akaun si mati (profile).
2. Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block
3. Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*
4. Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues
5. Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?
6. Teruskan klik pada bahagian > request the removal
Perhatian, berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
7. Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.
Moga-moga langkah-langkah yang ditunjukkan ini dapat dijadikan panduan untuk memadam akaun facebook milik orang tersayang yang telah pergi tak kembali meninggalkan kita.
0 Response to "PANDUAN CARA UNTUK MEMADAM AKAUN FACEBOOK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA - LANGKAH DEMI LANGKAH"
Post a Comment