LISBON, - Skuad Piala Dunia Portugal telah pulang ke negaranya setelah tersingkir di babak peringkat kumpulan.
Namun apa yang menariknya ialah kepulangan skuad itu tanpa ada sebarang sambutan atau majlis diadakan di bandaraya tersebut, malahan pemain bintang Portugal termasuk Cristiano Ronaldo hanya menaiki teksi untuk pulang ke rumahnya.
Pasukan Portugal lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan pasukan England dengan memungut empat mata tetapi kalah dengan pasukan Amerika Syarikat dengan perbezaan gol seterusnya mengiringi kuad Jerman yang ke pusingan 16 pasukan.
Ronaldo juga gagal menampilkan aksi yang impresif, meskipun berstatus sebagai seorang pemain terbaik di planet ini. Hanya ada beberapa orang peminat yang menunggu di bandaraya Lisbon.
Suasana sambutan tidak begitu meriah. Ronaldo hanya sempat bersalaman dengan beberapa pemain sepasukannya termasuk Nani, dan berjalan terus kaki menuju ke stesen teksi awam, sebelum mencampakkan beg ke dalam bonet seperti seorang pelancong.
"Itulah bola sepak, kami pulang dengan rasa bangga. Kami sudah mencuba yang terbaik tetapi tidak berhasil," ujar Ronaldo ringkas seperti dilaporkan Daily Mail.
0 Response to "Christiano Ronaldo Balik dengan Teksi setelah Portugal Tersingkir di Piala Dunia 2014"
Post a Comment