Bayi 18 bulan Nyaris Disembelih Abang Selepas Lihat Proses Penyembelihan Biri-biri


Sungguh menakutkan apabila satu kejadian yang tidak diduga berlaku di Riyadh.

Bayi berusia 18 bulan nyaris disembelih oleh abangnya yang berusia tiga tahun.

Hal ini berlaku kerana si abang telah menemani bapanya ke pusat penyembelihan biri-biri di daerah Naseem di Riyadh dan menyaksikan bagaimana haiwan itu disembelih.

Menurut akhbar Sabq, setelah si abang pulang, dia mahu meniru proses yang disaksikan di tempat penyembelihan tersebut terhadap adiknya, Shawq.

Lalu dia mengambil pisau di dapur dan cuba menyembelih adiknya.

Mujur kejadian itu segera disedari oleh ibu bapa mereka yang terus membawa mangsa ke hospital.

Menurut  bapa mangsa, pada ketika kejadian itu keluarganya didatangi tetamu dan dia keluar ke pusat penyembelihan untuk membeli daging biri-biri bagi meraikan kedatangan mereka,  dan dia membawa bersama anak lelakinya.

Apabila pulang, kami terkejut melihat dia menyerang adiknya, menikamnya di dada dan leher. Dia meniru apa yang dilihatnya di pusat penyembelihan itu. “Darah keluar dengan banyak hingga menyebabkan kami cemas. Mujur saya sempat membawa Shawq ke hospital,” kata bapa kedua-dua kanak-kanak itu. - Agensi

0 Response to "Bayi 18 bulan Nyaris Disembelih Abang Selepas Lihat Proses Penyembelihan Biri-biri"

Post a Comment