Jinna Yang 25 tahun, menganggap tiada yang lebih penting di dalam hidup selain ayahnya. Namun ayahnya telah pergi meninggalkannya akibat penyaki kanser usus dua tahun lepas, Jinna merasa sangat sedih.
“Saya dari luar nampak biasa saja. Tapi orang lain tak dapat melihat kesan peristiwa itu telah mengambil setiap inci dari tubuh, hati, fikiran, dan jiwa saya,” ungkapnya bagi mencurahkan isi hati dalam blog pribadinya.
Jinna telah mengurung diri dalam kamar. Ia menjauhi dari rakan-rakannya. Ia rasa menyesal kerana tidak dapat membahagiakan ayahnya semasa ayahnya hidup.
Menurutnya, ayahnya semasa hidup telah mengorbankan kebahagiaannya demi untuk keluarganya. Daripada melancong atau bermain golf, ayahnya yang telah didiagnosis kanser pada usia 51 tahun itu memilih untuk terus bekerja keras.
Selama 12 jam sehari, enam hari seminggu, ayah Jinna bekerja di sebuah perniagaan dobi di Virginia.
Lelaki itu sudah meninggal dua tahun, namun Jinna belum boleh berkompromi dengan perusahaannya. “Aku sudah mencapai tahap di mana aku sudah hilang keinginan untuk hidup,” tuturnya.
Uasahawan sebuah perniagaan besar di New York itu mengambil keputusan penting. Ia melakukan sesuatu yang besar. Jinna berhenti bekerja.
Ia juga tidak menyambung kontrak sewa apartmentnya, serta menjual almari pakaiannya.
Apa yang kemudian ia lakukan? Jinna membeli tiket satu hala ke Iceland. Ia juga membuat standing character berwajah ayahnya dengan ukuran sebenar itu ia bawa naik ke dalam pesawat.
Dari Blue Lagoon di Iceland, perlancongan Jinna dan “ayahnya” bersambung ke Le Louvre di Paris, Colosseum di Rome, dan seluruh negara di Eropah. Di tempat-tempat yang menjadi ikon setiap negara, mereka telah mengambi gambar bersama.
Ia hanya ingin menunjukkan tempat-tempat indah di dunia yang tidak pernah sempat dikunjungi ayahnya. “Dia tidak berkesempatan untukkeliling dunia,” katanya.
Meskipun ia hanya standing character, Jinna merasakan bahawa ayahnya ikut bersamanya. Gambar-gambar tersebut telah diletakkan di blognya, agar semua orang dapat melihat.
“Meskipun dia tidak ada di sini secara fizikal, tapi aku tahu semangatnya tetap bersama kami,” ucap Jinna. (ms)
SUMBER : VIVALIFE
Home » Luar Negeri »
Pelik
» GADIS BAWA AYAHNYA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA UNTUK MELANCONG DI TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI EROPAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "GADIS BAWA AYAHNYA YANG SUDAH MENINGGAL DUNIA UNTUK MELANCONG DI TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI EROPAH"
Post a Comment