Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, sekiranya kerajaan China bersetuju, pasangan tapir tersebut akan dihantar ke sana pada tahun ini juga.
"Kita sudah beritahu China dan sedang tunggu jawapan mereka," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pengurus-pengurus Kawasan Peliharaan Kebangsaan yang pertama di Taman Negara Kuala Tahan, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa tapir adalah antara haiwan yang dijangka akan dipinjamkan kepada China sebagai pertukaran balas sepasang beruang panda gergasi yang tiba di negara ini pada bulan lepas.
Berhubung mengenai kemasukan percuma
"Kemungkinan kita akan beri kemasukan percuma untuk tujuh atau 10 hari sahaja," katanya. - cari/Bernama
0 Response to "Nantikan jawapan dari China: Malaysia pinjam Panda , China pinjam Tapir"
Post a Comment