Terima Kasih Google Map!! Akhirnya Pemuda Bertemu Keluarganya Setelah 25 Tahun Terpisah
Hobart : Ia adalah satu kisah unik bagi Saroo Brierley, yang akhirnya berjaya dipertemukan semula dengan keluarganya setelah mencari selama 25 tahun..
Sejak berusia empat tahun, Saroo telah terpisah dengan keluarganya selepas menaiki keretapi secara tidak sengaja dan tiba di bandar Calcutta, iaitu kira-kira 1,000 batu dari rumahnya. “Saya adalah anak orang miskin.
Pada hari berkenaan saya dan abang saya keluar mencari besi buruk dan kami menaiki keretapi. Selepas tertidur, saya bangun dan secara tiba-tiba ada keretapi di depan saya. “Kerana menyangka abang saya berada di dalamnya, saya masuk ke dalam keretapi itu dan tanpa disedari saya kemudiannya berada 1,000 batu dari rumah,’’ katanya.
Memandangkan dia masih belum fasih bercakap dan tidak tahu di mana rumahnya, Saroo berkeliaran di bandar itu selama sebulan. Sepanjang tempoh itu, dia hampir lemas dalam sungai dan hampir dijual untuk dijadikan hamba sebelum dihantar ke rumah anak yatim.
Di situ dia dijadikan anak angkat oleh pasangan dari Australia dan di negara berkenaan, dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Namun Saroo yang masih mengingati asal keturunannya kemudian menggunakan peta Google untuk mengesan keluarganya dan selepas beberapa bulan, dia berjaya mengesan mereka.
Pengalaman tersebut telah diabadikan dalam sebuah buku bertajuk A Long Way Home, yang diterbitkan minggu ini. – MyNewsHub
0 Response to "Terima Kasih Google Map!! Akhirnya Pemuda Bertemu Keluarganya Setelah 25 Tahun Terpisah"
Post a Comment