Pada ketika itu Glen Bonin dan rakannya sedang menaiki kereta, ia melihat seekor buaya menghalang jalanraya di hadapannya. Atas inisiatifnya sendiri, dia bersama tiga rakannya itu keluar dari kenderaan dan berusaha untuk memindahkan binatang ganas itu ke bahu jalan.
Namun nahas, ketika mereka mendekati bahu jalan, buaya tersebut berpusing dan menyerangnya. Ia pun terkena gigitan bianatang pemangsa tersebut di tangannya, dan terpaksa menerima rasa sakit dan jahitan untuk menutupi lukanya itu.
Kejadian ini sempat dirakam oleh kamera, namun nasibnya memang baik kerana haiwan yang mempunyai rahang paling kuat itu tidak memutuskan tangannya.
Teman-temannya yang berada tak jauh darinya, terus memberikan pertolongan, dan membawanya ke hospital terdekat.
"Kejadian ini berlaku terlalu pantas . Ini merupakan pelajaran yang sangat berharga, jika ada binatang buas yang sedang melintang di jalan raya lagi, lebih baik kita serahkan masalah ini kepada orang yang lebih pakar," kata Bonin.
sumber: daily mail
0 Response to "DIGIGIT BUAYA KETIKA CUBA ALIH KERETA KE TEPI JALAN"
Post a Comment