SUAMI MABUK BAKAR RUMAH KERANA ISTERI TIDAK BUKA PINTU


PELABUHAN KLANG: Kerana terlalu marah terhadap isterinya yang tidak membuka pintu, seorang lelaki yang dipercayai dibawah pengaruh alkohol telah bertindak membakar rumahnya di Pandamaran pada malam Rabu.
Akibat daripada tindakan tersebut, enam lagi rumah milik jiran lelaki yang bekerja sebagai ejen insuran itu turut mengalami kemusnahan dalam kebakaran.
Menurut salah seorang jiran suspek, kebakaran tersebut bermula pada pukul 12.30 tengah malam di mana, lelaki yang berusia 30-an terbabit itu didakwa telah menyimbah minyak petrol pada pintu rumahnya  dan seterusnya membakar pintu rumah tersebut apabila isterinya enggan membuka pintu.
Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat selaku Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ketika dihubungi wartawan mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima laporan berkaitan tindakan yang di lakukan oleh elaki terbabit.
"Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api," katanya.
Selepas kejadian tersebut, Isteri dan dua anak lelaki itu yang berusia  tiga dan empat tahun telah menghilangkan diri.
Suspek dibelasah oleh jiran-jiranya sehingga cedera yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki tersebut sebelum suspek ditahan polis serta diberi rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.
Jjirannya mendakwa, suspek sebelum ini pernah cuba untuk menyerang isterinya dengan menggunakan parang pada bulan Februari yang lalu selepas berlaku perselisihan faham.
sumber :mstar

0 Response to "SUAMI MABUK BAKAR RUMAH KERANA ISTERI TIDAK BUKA PINTU"

Post a Comment