Suami boleh Rogol Isteri

SEORANG pembaca yang menamakan dirinya Puan L bertanya sama ada kelakuan suami dalam melakukan perhubungan kelamin dengan isterinya boleh didefinisikan sebagai jenayah rogol jika isterinya tidak rela atau dipaksa.

Puan L juga ingin tahu sama ada seksyen375 Kanun Keseksaanakan dipinda bagi memasukkan kesalahan suami merogol isteri atau marital rape.

Kemusykilan ini ditimbulkan kerana kata Puan L, beberapa negara lain telah menjadikan perbuatan suami mengadakan hubungan kelamin secara paksa dengan isteri sebagai suatu kesalahan jenayah.

Penggunaan kekerasan oleh suami terhadap isterinya untuk melakukan kelamin adalah tidak bermoral dan merendahkan martabat seorang isteri.

Ini bersesuaian dengan istilah 'rogol' dalam undang-undang jenayah, yang merujuk kepada serangan kelaminual, di mana penyerang memaksa mangsa untuk melakukan hubungan kelaminual.

Tetapi di Malaysia, seksyen375 Kanun Keseksaanmenyatakan persetubuhan antara suami dengan isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol.

Bagaimanapun, perbuatan suami mendatangkan kecederaan atau menimbulkan ketakutan akan kematian kepada isterinya atau kecederaan kepada mana-mana orang lain bagi tujuan untuk mengadakan hubungan kelamin dengan isteri adalah satu kesalahan di bawah Seksyen375A.

Elemen penting dalam perkara ini adalah kecederaan yang dilakukan oleh suami terhadap isteri. Ini juga tidak bertentangan dengan mana-mana prinsip agama.

Seksyen375A Kanun Keseksaandimasukkan atas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah mengkaji Rang Undang-undang Kanun Keseksaan(Pindaan) 2004.

Dapatan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ini telah mencadangkan seksyen375A tersebut bagi melindungi martabat dan kepentingan seorang isteri yang daripada dipaksa oleh suami untuk melakukan hubungan kelamin sehingga mendatangkan kecederaan.

Namun Jawatankuasa itu tidak bersetuju bahawa perbuatan suami melakukan perhubungan kelamin tanpa kerelaan isteri atau dengan memaksa isteri sebagai suatu jenayah rogol di Malaysia dengan alasan ia bertentangan dengan undang-undang syariah dan juga agama lain.

Oleh itu, seksyen375 Kanun Keseksaantidak perlu dipinda kerana peruntukan untuk menghukum suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri telah terdapat dalam seksyen375A kanun itu, cuma ia tidak diistilahkan sebagai rogol.

Persoalan yang timbul sekiranya suami memaksa mengadakan hubungan kelamin tanpa kerelaan isteri tetapi tidak berlaku sebarang kecederaan kepada isteri, adakah isteri tidak boleh mendakwa suami atas apa juga alasan?

Undang-undang lazim mendefinisikan rogol sebagai persetubuhan tanpa keizinan yang dilakukan oleh seorang lelaki ke atas seorang perempuan yang tidak dikahwininya.

Takrifan rogol merujuk tafsiran Seksyen375 (a) - (e) serta huraiannya jelas menunjukkan semua elemen yang dinyatakan menjurus kepada jenayah rogol kecuali jika lelaki itu adalah suami kepada perempuan berkenaan.

Jika berdasarkan takrifan dalam seksyenberkenaan, suami boleh melakukan apa sahaja perbuatan kelaminual terhadap isteri walaupun dalam keadaan isteri tidak rela atau tidak setuju.

Maknanya, suami kebal daripada sebarang tuduhan rogol jika perempuan yang diperlakukan sebegitu adalah isterinya asalkan ia tidak mendatangkan kecederaan fizikal.

Suami hanya boleh dikenakan tindakan undang-undang jika pihak isteri dapat membuktikan suami telah mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dalam setiap jenayah perlu dibuktikan elemen mens rea (niat) dan actus rea (perbuatan). Jika dikaji semula, mens rea dalam perlakuan rogol ialah seseorang itu berniat untuk merogol mangsa dengan sengaja. Mangsa pula tidak rela diperlakukan sebegitu dan tidak mahu hubungan kelamin itu berlaku. Perkara yang boleh dibangkitkan sebagai mens rea berdasarkan definisi itu ialah hubungan kelamin itu berlaku tanpa kemahuan perempuan itu. Orang yang melakukan kelamin itu berniat untuk memaksa perempuan itu dan kelamin itu terjadi adalah kerana paksaan yang dibuat oleh lelaki itu. Oleh itu, ada persamaan antara perlakuan kelamin oleh suami tanpa kerelaan isteri dengan jenayah rogol berdasarkan Kanun Kekelaminaan. Perlakuan kelamin yang terjadi adalah tanpa kerelaan perempuan itu dan wujudnya unsur paksaan dari pihak lelaki dan dilakukan dengan sengaja.

Dari segi actus reus pula, berlaku perlakuan memasukkan zakar ke dalam kemaluan perempuan tanpa kerelaan perempuan itu. Dalam kes suami paksa isteri melakukan hubungan kelamin ini, kedua-dua elemen penting jenayah iaitu actus reus dan mens rea wujud.

Ini sepatutnya boleh membuatkan pihak lelaki (suami) di dakwa kerana jenayah rogol. Apakah kewajaran suami yang memaksa isteri mengadakan hubungan kelamin secara kekerasan tidak dikategorikan sebagai jenayah rogol? Daripada sudut agama dan adat pula, adakah menjadi kewajipan isteri melayan kehendak kelamin suami dalam apa jua keadaan?

Setakat ini jenayah terhadap wanita yang mewajibkan hukuman sebatan ialah di bawah Seksyen376B. Seksyen376 memberi budi bicara kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman sebatan ke atas dakwaan rogol di bawah seksyen375. Tetapi tidak pula dicadangkan bagi menambahkan hukuman berat ke atas kes marital rape.

Tambahan pula dalam sesetengah kebudayaan dan agama, istilah marital rape tidak wujud. Adakah ini bermakna setelah berkahwin wanita menjadi hak suami sepenuhnya dan boleh diperlakukan tanpa batasan?

Tentulah sangat malang bagi seseorang wanita itu jika dia mendapat suami yang tidak bertimbang rasa.




SUMBER: UTUSAN


0 Response to "Suami boleh Rogol Isteri"

Post a Comment