Pasangan Gay Antarabangsa Turut Tinggal di Flat Taman Semarak, Nilai Lokasi Remaja OKU ditemui

SEREMBAN 27 Jun - Rakyat Malaysia sudah mula kenal nama lokasi terjumpanya Muhammad Firdaus Dullah, 15,remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan sehingga kurus kering dan kotor iaitu Flat Taman Semarak, Nilai.

Pelbagai cerita yang perlu dikongsikan bersama mengenai Flat Taman Semarak Nilai ini. Turut sama ditahan ditahan dalam operasi yang menemui remaja OKU itu ialah seorang pendatang tanpa izin  dari Kanada berusia 50 tahun yang ditahan dalam Operasi Bersepadu 6P tersebut,

Beliau telah dibawa kembali ke flat berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut selepas memberikan kenyataan yang meragukan pada petang semalam.

Daripada pemeriksaan lanjut di sana, lelaki Kanada yang menyara hidupnya  dengan mengutip sisa buangan dan tembaga di sekitar Nilai,  membongkar kisah 'cinta gay' dengan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun di kediaman mereka dalam flat berkenaan,

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman memberitahu, lelaki warga tempatan itu pernah tinggal bersama warga Kadada yang ditahan itu ketika menetap di Kanada selama 15 tahun sehinggalah ia diusir pulang  ke negara ini.

"Saya membawa keluar lelaki warga Kanada itu dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk kediamannya di Flat Taman Semarak Nilai kerana memberikan maklumat yang mencurigakan selepas diberitahu dia mengutip sampah, botol dan barangan buangan untuk menyara kehidupan sejak lima tahun tinggal lebih tempoh di negara ini.

 "Apabila tiba di unit kediaman mereka, kami berjumpa  dengan seorang lelaki tempatan di sana dan setelah sisasatan dibuat, dia mengaku bahawa lelaki Kanada itu ialah 'kekasih songsangnya' dan mereka telah  tinggal bersama.

 "Kerana sedih ditinggalkan 'kekasih' lelaknya ini, lelaki Kanada terbabit sanggup untuk datang ke negara ini dan menetap di Nilai kerana mahu bersama. Malah lelaki tempatan itu berkata, 'kami bukan sekadar kawan, kami adalah kekasih'," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, pasangan gay itu juga menghasilkan lagu, 'electronica' dan boleh didengar dalam laman sosial Facebook, Das Dritte Situatist dan Situatis Das Dritte.

 "Nama kumpulan muzik mereka adalah Situatist Deux dan menghasilkan lagu 'electronica'. Turut ditemui dalam rumah berkenaan adalah seekor anjing," katanya.

Menurut Faizal Fazri, keadaan dan suasana rumah yang mereka diami tiu sangat kotor dan tidak terurus, malah bilik airnya menjijikkan dan sinki pula hampir jatuh. "Lelaki Kanada itu telah ditahan bagi meneruskan siasatan lanjut di depot sama, manakala lelaki warga tempatan itu disoal siasat sementara menunggu tindakan selanjutnya," kata beliau.


 sumber: utusan

0 Response to "Pasangan Gay Antarabangsa Turut Tinggal di Flat Taman Semarak, Nilai Lokasi Remaja OKU ditemui"

Post a Comment