DATO SUK TERJAH PENJAWAT AWAM BERSARAPAN & BELI BELAH PADA WAKTU KERJA (7 GAMBAR)


SELANGOR - Terkedu dan tak tahu apa alasan nak bagi apabila Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi (SUK Selangor) membuat spot check terhadap beberapa  orang penjawat awam yang didapati leka bersarapan pagi dan juga bershopping pada waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.

Ketika lawatan mengejut (spot check) tersebut didapati ramai kakitangan awam yang melakukan kesalahan tersebut di waktu berkerja.

“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” menurut kenyataan yang telah dimuat naik di laman Facebook beliau.

Beberapa gambar yang dimuat naik, menunjukkan 4 orang pegawai audit 5S didapati terkantoi sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit maklumlah baru dapat gaji. 

“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.







Kredit : hypemedia

11 Responses to "DATO SUK TERJAH PENJAWAT AWAM BERSARAPAN & BELI BELAH PADA WAKTU KERJA (7 GAMBAR)"

  1. Buat semak jabatan je. Kt luar tu rmai yg menanti peluang bekerja dgn kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Syabas Datuk Suk,.....ketegasan begni yg kita nak...kerana ramai penjawat awam yg perangai mcm ni....patut bila call pejabat kerajaan susah nak berjawab.....

    ReplyDelete
  3. Budaya Staf Jabatan Kerajaan zaman berzaman ... :-)

    ReplyDelete
  4. bila nak berurusan pagawai tu tak de la..pegawai ni sibuk la..pada hal tengah minum teh tarik..hadoiii..

    ReplyDelete
  5. Why does the boss have to ask nicely "Diharapkan semua penjawat awam..." Kasi potong gaji or buang kerja lah!!! If they don't want to work, hire someone who does.

    ReplyDelete
  6. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete
  7. Da la layanan pihak kerajaan xbagus.xde sunyum...da mcm kita hutang dorg plak...cukup kol4.30 sume da kelam kabut balik

    ReplyDelete
  8. Sebab tu kalau ade urusan call tak berangkat..servis tak bagus...itu ini lambat...sebab duk sibuk membeli m makan...

    ReplyDelete