PENDAPATAN RM8,000.00 LAYAK BELI RUMAH Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Daftar Borang Permohonan rumah PPA1M : Pendapatan & Gaji RM8,000 Ke Bawah Layak Beli Perumahan PPA1M :

Jumlah penduduk di Malaysia sudah pun menjangkau ke angka 30 juta, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai kakitangan swasta di pelbagai sektor berjumlah lebih 6 juta orang, manakala mereka yang  bekerja sendiri dan tidak lupa juga 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia.


Tetapi berita baik kali ini khas untuk kakitangan awam di Malaysia.

Daftar Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) :

Pelaksanaan Terbaru? Kerajaan akan bina 100,000 unit kediaman di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bagi membantu kalangan anda di sini yang merupakan kakitangan awam tetapi masih belum mampu membeli rumah sendiri

Buat permulaan, 10,630 unit PPA1M bakal dibina di Putrajaya

Unit rumah PPA1M akan diperluas ke seluruh negara terutamanya di bandar utama seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown memandangkan harga rumah dan hartanah serta sewa kediaman sangat tinggi  dan membebankan kalangan kakitangan awam di Malaysia

Jika anda sebagai kakitangan awam memiliki gaji dan pendapatan RM8,000 dan ke bawah sebulan, kerajaan akan membantu anda mendapatkan rumah mampu milik untuk anda pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran di lokasi-lokasi utama.

Penjawat awam juga berpeluang sebenarnya untuk beli rumah mampu milik melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana rumah yang ditawarkan adalah berkualiti baik tetapi dijual pada harga mampu milik bagi golongan yang berpendapatan sederhana & berpendapatan rendah

Ada lagi butiran mengenai Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 2014 seperti di bawah ini termasuk ciri dan syarat kelayakan untuk daftar permohonan :


SUMBER :BERITASEMASA

0 Response to "PENDAPATAN RM8,000.00 LAYAK BELI RUMAH Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)"

Post a Comment