Jadi 'Mayat' pun boleh dapat gaji RM4,828 Sehari


Chuck Lamb, Seorang Pekerja Bidang Teknologi Maklumat Membuat Keputusan Untuk Menukar Kerjayanya Kepada 'Mayat'



Professionnya  sebagai pakar I.T ternyata tak cukup untuk memberi kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia memilih  untuk menukar kerjaya menjadi ‘mayat'.

Keputusannya itu Isangat tepat kerana beliau beroleh pendapatan yang  sangat lumayan dan boleh mencecah sebanyak kira-kira RM4,828 sehari dengan melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem.



Beliau sebelum ini pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror.


"Saya Fikir, 'Bukankah Sesuatu Yang Menarik Untuk Muncul Di Kaca TV?'. Kemudian Saya Menyedari Bahawa Anda Tidak perlukan Apa-Apa Bakat Untuk Menjadi Mayat," Kata Chuck Lamb.

Beliau  beroleh idea kerjaya yang unik itu setelah menonton satu daripada episod siri Law & Order.

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu.

“Ia semua bermula sebagai satu gurauan. Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya.

Dalam Kesemua Siri Televisyen Yang Melibatkan Dirinya, Dia Hanya Digelar Sebagai "Dead Body Guy" 

Beliau tidak  pernah mendapat peranan lain selain menjadi Zombi atau Mayat

"Saya tidak akan dipanggil untuk menjadi watak utama kerana rupa saya yang sebegini. Jadi saya fikir, lebih baik saya gunakan sehabis baik apa yang Tuhan telah kurniakan kepada saya."


"Apabila saya mula melakukan kerja ini, saya fikir, 'Saya benar-benar kelihatan seperti orang mati.' Saya pucat, saya botak, saya ada lebam di bawah mata dan saya sangat sesuai melakonkan watak zombi atau seorang lelaki yang mati," kata Chuck Lamb.

sumber: says.com

0 Response to "Jadi 'Mayat' pun boleh dapat gaji RM4,828 Sehari"

Post a Comment