Alhamdulillah Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) kini semakin pulih.


- Foto NSTP



SEREMBAN: Alhamdulillah keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui terkurung dan dalam keadaan yang amat menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai, pagi semalam, kini semakin beransur pulih. 

Remaja yang berusia 15 tahun tersebut, Muhammad Firdaus Dullah yang berasal dari Sabah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan oleh doktor. 

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, yang melawat remaja itu, hari ini, berkata keadaan remaja itu kini adalah lebih terurus. 

Katanya, rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang. 

"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan. 


Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

Foto
IBU remaja OKU disoal siasat anggota Imigresen ketika operasi memburu PATI. FOTO MOHD Khidir Zakaria

Manakala, ibu remaja itu telah ditahan oleh pihak polis untuk direman selama 4 hari sehingga hari Rabu ini, menurut kata Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, wanita tersebut disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak- Kanak 2001.

Dakam operasi Jabatan Imigresen negeri untuk memburu PATI kira-kira jam dua pagi semalam, pasukan terbabit menemui remaja itu dalam sebuah rumah yang sangat kotor.


sumber : BH

0 Response to "Alhamdulillah Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) kini semakin pulih. "

Post a Comment