Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga emas bukan sahaja membelasah kepala jandanya, malah turut bertindak kejam apabila dia cuba untuk mencungkil mata kanan mangsa dengan menggunakan kuku jari tangan. Dalam kejadian jam 4 petang kelmarin, suspek bertindak ganas di rumah didiami mangsa di Setapak di sini, selepas menuduh bekas isterinya itu berlaku curang.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku sebaik mangsa selesai menunaikan solat Zuhur sebelum dipanggil suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa.
Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian membuka pintu sebelum diserang mendadak oleh lelaki terbabit yang berusia 60-an.
Mangsa dipukul di bahagian kepala berulang kali. Tidak cukup dengan itu, suspek cuba bertindak mencungkil mata kanan.
Akibatnya berlaku pergelutan berikutan mangsa cuba mengelak matanya dari ditusuk dengan jari suspek. Mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri sebelum lari dari lokasi kejadian dalam keadaan kesakitan,” katanya.
Mangsa kemudian bergegas mendapatkan rawatan di sebuah hospital berdekatan susulan kecederaan dialami di bahagian kepala dan kelopak mata.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, berikutan bimbang kejadian serangan sama berulang.
Sementara itu, jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
0 Response to "TAK CUKUP KENA BELASAH MATA KANAN JANDA CUBA DICUNGKIL KELUAR WARGA EMAS"
Post a Comment