Pelajar 14 tahun mati dibelasah seorang lelaki berumur 70 tahun

kualalumpurpost

SHAH ALAM - Seorang murid lelaki berusia 14 tahun maut akibat dipukul dengan sebatang besi oleh seorang lelaki berumur 70 dalam satu pergaduhan 70 tahun di Bestari Jaya, Kuala Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah memberitahu pemberita berkata   mangsa telah mengalami pendarahan yang erius di bahagian peha kanannya dalam kejadian itu.

Beliau memberitahu pihaknya telah menerima satu panggilan daripada pihak Hospital Sungai Buloh pada jam 10.40 malam yang memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital berkenaan.

"Susulan kejadian itu, pihak kami berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun awal pagi tadi dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tersebut," katanya.

Mohd Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman awam dan Trafik negeri Selangor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini petang ini.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebatang besi serta pakaian berlumuran darah dipercayai milik suspek.


Katanya, lelaki terbabit direman sehingga esok bagi membantu siasatanmengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. - Bernama

0 Response to "Pelajar 14 tahun mati dibelasah seorang lelaki berumur 70 tahun"

Post a Comment