Malaysia layak ke Piala Dunia di Brazil


Pada tahun 1998 FAM mensasarkan pasukan bola sepak Malaysia akan ke pertandingan Piala Dunia bola sepak. Namun begitu setelah 30 tahun berlalu mutu pasukan bola sepak Malaysia masih belum mencapai tahap sebagaimana negara-negara lain.

Apakah punca dan penyebabnya pemain-pemain bola sepak negara seolah-olah tiada peningkatan dari segi skil mengawal, menggelecek, menghantar dan merembat bola ke pintu gawang lawan.

Kalau dalam pertandingan yang disertai oleh pasukan Malaysia kita akan dapat lihat pemain-pemain agak malas berlari malah pemain kerap menghantar bola tepat kepada rakan bukannya ke hadapan untuk mereka berlari. Selain itu kerap juga dilihat pemain Malaysia selepas membuat hantaran mereka akan berjalan dan ada juga penyerang yang tidak berani menggelecek di bahagian pertahanan lawan.

Sasaran FAM nampaknya belum menjadi kenyataan. Silalah bertindak segera.

0 Response to "Malaysia layak ke Piala Dunia di Brazil"

Post a Comment