Real Madrid akan jual Iker Casilas kerana Spanyol Kalah Piala Dunia

Langkah mengejutkan akan diambil oleh Kelab Real Madrid yang dilaporkan akan menjual penjaga gol merangkap ketua pasukan mereka, Iker Casillas.



Seperti yang dilaporkan Caughtoffside, Madrid berhasrat untuk  melepaskan Casillas kerana merasakan permainan sudah merudum prestasinya dan tidak sehebat dulu. Bahkan, Los Blancos akan menjual Casillas dengan harga yang murah, iaitu sebanyak £10 juta.

Nilai harga ini dirasakan sesuai dengan keadaan Casilas pada ketika ini. Penampilan buruk Casillas di Piala Dunia 2014 juga ikut mempengaruhi nilai jualan pemain yang berasal dari Sepanyol itu.

Dikhabarkan terdapat dua pasukan yang berminat untuk mendapatkan Casillas iaitu. Dua pasukan tersebut adalah dari Premier League, Arsenal dan Manchester City. Namun, Arsenal tampaknya lebih berusaha untuk mendapatkan pemain berusia 33 tahun itu.

Ini disebabkan, Arsenal memang sedang mencari penjaga gol yang baru. Saat ini pasukana tersebut hanya bertumpu kepada Wojciech Szczesny. Selain daripada Casillas, Arsenal juga tengah mendekati penjaga gol Mexico, Giullermo Ochoa.

Madrid sendiri sudah punya bidaan jika sekiranya memang  Casillas berpindah. Penjaga gol Manchester United, David De Gea, dikatakan sangat layak untuk mengisi skuad Los Blancos padamusim depan.

Selain itu, Madrid juga mempertimbangkan untuk mendapatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech. Pemain yang berasal  dari Republik Czech itu juga sedang  memikirkan nasibnya setelah Chelsea memanggil kembali Thibaut Courtois uang kini dipinjamkan kepada Atletico Madrid. (ren)

0 Response to "Real Madrid akan jual Iker Casilas kerana Spanyol Kalah Piala Dunia"

Post a Comment