Nilai: Polis telah mengambil keterangan daripada bapa tiri kepada Muhammad Firdaus Dullah, 15 remaja orang kelainan upaya (OKU).
Bapa tirinya yang dikenali Abdullah, berusia dalam lingkungan40-an telah diminta keterangan untuk melengkapkan siasatan pihak polis.
Sumber daripada pihak polis berkata, lelaki berkenaan merupakan suami kepada ibu remaja terbabit, Lola, 40 telah datang ke Balai Polis Nilai pada malam tadi untuk memberikan kerjasama berhubung penemuan yang cukup menyedihkan Muhammad Firdaus, Sabtu lalu yang dalam keadaan kebuluran tanpa makanan di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, di sini.
Katanya, soal siasat dibuat mendapati lelaki itu telah mendirikan rumahtangga dengan Lola sejak 10 tahun lalu namun tidak tinggal bersama kerana menetap dengan seorang lagi isterinya di Bahau, Negeri Sembilan.
Menurutnya, isteri pertama lelaki itu tidak tahu langsung yang suaminya telah berkahwin dengan Lola yang memiliki anak cacat.
"Selepas keterangan diambil, lelaki terbabit kemudian dibenarkan pulang ke rumahnya," katanya.
Lola yang dikenalinya
Ketika ditemuramah oleh pemberita Abdullah menceritakan mengenai sikap isterinya.
“Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,”
Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.
“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.
“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.
“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.
“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya.
Home » Dalam negeri »
Jenayah
» Bapa Tiri Muhammad Firdaus Bercerita Mengenai Sikap Isteri Keduanya Lola Yang dikenali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak dera tapi abaikan. Baju sampai reput di badan berapa lama tak berganti? Rambut panjang kusut masai berapa lama tak bersikat, rapikan? Bilik penuh najis air kencing merata, berapa lama tak bercuci? Anak sampai dah makan tahi, kertas dek kebuluran kata pegawai yg menyerbu, berapa lama tak bersuap?
ReplyDeleteNi bukan penderaan juga ke?
"kalau tak mampu jaga anak hantar saja kat JKM jangan dera anak sampai macam tu...."
ReplyDeleteMana orang JKM selama 14 tahun? Setakat duduk opis makan gaji ke? Patutnya org JKM kena cari kes macam ni seluruh negara bukan setakat nanti org datang cari macam pengemis. Bila dah jadi macamni merekalah yg sibuk termasuk menterinya nak menunjukkan buat kerja. Bantu dulu kmudian kalau terjadi lagi selepas dibantu baru ambil tindakan. Begitu ramai manusia kat flat benda macamnipun tak boleh amnil tahu. Ape punya masyarakat.
ReplyDeletehttp://jobandcash.com/?share=59216
ReplyDelete