Datuk Seri Shabery Cheek tunjuk bakat dalam Tarian Flashmob


Pada Pameran @COMMUNICASIA SINGAPORE di Marina Bay Sands Convention Center Singapura telah dikejutkan dengan satu persembahan spontan tarian Flashmob. Apa yang menariknya flashmob tersebut turut sama disertai oleh  Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek meluangkan masa melawat ruang pameran Malaysia.

Flashmob adalah persembahan di mana sekumpulan manusia melakukan satu persembahan secara tiba-tiba dan spontan di sesuatu tempat tanpa diduga atau dijangka orang sekeliling.

Selepas selesai sahaja persembahan tersebut, mereka semua balik te tempat masing-masing seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Shabery turut menunjukkan sikap ‘sportingnya’ dengan turut menari bersama mereka (minit 2: 20).



0 Response to "Datuk Seri Shabery Cheek tunjuk bakat dalam Tarian Flashmob"

Post a Comment