Setiap manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan suci dan bersih umpama sehelai kain putih. Ibu bapalah yang akan mencorakkan kehidupan anaknya. sehingga mereka mampu untuk membezakan di antara baik dan buruk.
Akhirnya melalui didikan, ajaran serta persekitaranlah seterusnya membentuk peribadi dan pemikiran manusia.
Bagi anak kecil berbangsa Inggeris ini yang masih belum lagi tercemar akal dan fikirannya kelihatan dalam video yang dirakam oleh bapanya saat azan yang berkumandang di Dubai Mall Burj Khalifa nyata telah membuatnya terpegun dengan kelunakan azan dan menyentuh hatinya.
Sebaik sahaja terdengar panggilan menunaikan solat itu, dia kelihatan tercengang kagum dan mula tercari-cari dari mana arah suara itu datang sambil mengungkapkan ayat spontan, “that’s the cool one!
Alangkah baiknya jika kemanisan azan yang dirasai oleh anak kecil ini turut menyentuh hati kita bukan?
Kerana ada juga yang apabila dengar saja azan di televisyen terus tukar siaran tv atau radio, betul tak? -
0 Response to "Video Anak Kecil Begitu Teruja Bila Mendengar Seruan Azan"
Post a Comment