Program Perubatan Universiti Assiut, Mesir tidak diiktiraf JPA

KUALA LUMPUR 3 Julai - Orang ramai dinasihat supaya tidak menyambung pengajian dalam program perubatan di Universiti Assiut, Mesir yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan di sini hari ini, pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut di universiti berkenaan mungkin berdepan masalah selepas tamat pengajian nanti kerana tiada pengiktirafan JPA.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati supaya tidak terpengaruh dengan tawaran atau surat tawaran kemasukan ke univesiti yang dikeluarkan oleh ejen penghantaran pelajar ke universiti di Asia Barat.
"Hanya universiti sahaja yang boleh mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada pelajar," kata Kementerian Pendidikan.

Kementerian itu berkata mulai tahun ini, semua permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara Asia Barat seperti Jordan, Maghribi dan Mesir dibuat secara atas talian dan mesti melalui kementerian. - BERNAMA


0 Response to "Program Perubatan Universiti Assiut, Mesir tidak diiktiraf JPA"

Post a Comment