Guru Siar Poster Dyana Sofya Semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan di tukar Sekolah


KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud menyelar tindakan Kementerian Pendidikan menukar seorang guru wanita ke sekolah lain kerana didakwa menyiarkan poster beliau semasa Pilihan raya kecil Teluk Intan pada bulan Mei yang lalu.

Beliau berkata, tindakan keatas guru yang telah berkhidmat selama 16 tahun itu adalah tidak patut kerana setiap individu ada hak masing-masing untuk berkongsi pandangan ke atas politik. Ini termasuk di laman sosial.

“Menyiarkan poster saya dalam akaun Facebook beliau bukan membawa politik ke dalam sekolah. Hukuman menukar ke sekolah yang jauh kepada ibu tunggal itu hanya beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri perlu ditarik balik serta merta.

“Insiden ini juga menimbulkan perhatian ke atas campur tangan Kementerian Pendidikan terhadap hal peribadi guru. Bukankah guru juga rakyat yang mempunyai kebebasan untuk berfikir terutama dalam ruang lingkup peribadi mereka,” beliau di petik dari satu media.

Dyana Sofya berkata, Kementerian Pendidikan seperti menggunakan golongan guru seperti 'robot' kerana menginginkan mereka menurut perintah. - SiakapKeli.com

1 Response to "Guru Siar Poster Dyana Sofya Semasa Pilihanraya Kecil Teluk Intan di tukar Sekolah"

  1. Tukar tak jauh manapun tak payahlah.mengada-ngada. Ada orang lain yg pergi mengajar lima.kali.lebih jauh tak heranpun. Kalau guru lembik, murid longlai. Kalau guru menhada-ngada murid jadi hape pun tak tau le.

    ReplyDelete