KIEV (Ukraine): Kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menunjukkan terdapat serpihan dari letupan roket yang menyebabkan nahas pesawat penumpang itu, kata seorang pegawai keselamatan Ukraine pada Isnin.
Penyiasat antarabangsa "menunjukkan bahawa data perakam penerbangan menunjukkan bahawa sebab bagi kemusnahan dan kemalangan pesawat itu apabila mengalami penyahmampatan letupan yang besar akibat letupan roket," kata jurucakap Majlis Keselamatan dan Pertahanan Ukraine, Andriy Lysenko.
Data dari kotak hitam pesawat itu dianalisa di Britain selepas ia diserahkan kepada pegawai Malaysia oleh pemberontak pro-Rusia yang mengawal lokasi nahas MH17.
Kumpulan penyiasat yang mengetuai siasatan di Belanda enggan untuk mengesahkan maklumat terbaharu dari Kiev, dengan menyatakan bahawa mereka "sedang menunggu gambarAN lebih lengkap tentang apa yang telah berlaku."
Kiev dan sekutu baratnya mendakwa kumpulan pemberontak yang menembak jatuh pesawat itu, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal. - AFP
Related Posts :
Gambar Instagram Terakhir dalam Pesawat MH17Ini adalah salah satu gambar yang sempat dihantar oleh ALLAHYARHAM MOHD ALI B. MD SALIM keadaan di dalam pesawat MH17 sebelum berlepas ke Ku… Read More...
Sedihnya.... Krew pesawat MH17 Baru Seminggu Mendirikan Rumahtangga Kini Pergi Buat Selama-lamanya Salah seorang anak kapal pesawat MH17, pegawai penerbangan Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim dilaporkan baru seminggu mendirikan rumah tang… Read More...
Komen Yang Sungguh Kurang Ajar dan Biadap Terhadap Juruterbang MH17.Dalam semua rakyat Malaysia bersedih dan terkejut dengan tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine, ada juga makhluk yang memberi komen… Read More...
Passport Pramugara MH17 ditemui di lokasi Nahas Disebabkan pesawat MH17 terhempas di tanah rata berhampiran sebuah perkampungan di Ukraine, penduduk setempat bergegas ke tempat kejadian… Read More...
Tragedi MH17: Barangan Berharga Milik Mangsa Hilang di Curi Penduduk Yang Tidak Berhati Perut Para Penyiasat tempatan tidak meletakkan sebarang tali rentang sempadan di kawasan kemalangan MH17 menyebabkan berlakunya kejadian kecuri… Read More...
0 Response to "Laporan Awal Data Kotak Hitam MH17 Letupan Berpunca Daripada Serangan Roket"
Post a Comment