PORT DICKSON - Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa. Namun lain jadinya di sebuah sekolah kebangsaan di sini apabila seorang guru yang naik angin didakwa membaling kasut kepada pelajar sehingga cedera ketika mengajar subjek itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semalam menyebabkan M Sharmini, 8, murid tahun dua sekolah itu luka di dahi dan menerima tiga jahitan.
Ia berpunca daripada tindakan Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar subjek pendidikan moral.
Bapa murid terbabit, K Muthu, 35, berkata, dia menerima panggilan daripada guru besar, memintanya datang ke sekolah.
“Ketika itu sekitar 9.45 pagi. Saya agak hairan kenapa guru besar mahu jumpa saya dan saya tertanya-tanya adakah anak saya melakukan kesalahan serius.
“Tapi, sampai di sekolah, saya menerima panggilan telefon daripada seorang guru sekolah pula yang meminta saya terus datang ke Klinik Kesihatan Port Dickson," katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba di klinik itu, dia terkejut melihat dahi kanan Sharmini luka seperti terkena pisau, malah darah masih mengalir.
“Saya dimaklumkan oleh guru besar bahawa ia dilakukan oleh seorang guru lelaki. Saya mendapat tahu guru itu membaling kasut kepada anak saya. Saya sangat kesal dengan kejadian itu. Cuba bayangkan kalau terkena mata anak saya, sudah tentu keadaannya lebih teruk," katanya.
Pembantu awam di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu berkata, dia tidak menyangka kerana bermain dalam kelas anaknya dihukum sedemikian.
“Jika benar anak saya bermain di dalam kelas ketika cikgu sedang mengajar, adalah tidak wajar bertindak membaling kasut, lebih-lebih lagi cikgu itu sedang mengajar subjek pendidikan moral,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Muthu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Port Dickson.
Sementara itu, Sharmini berkata, dia terkejut apabila ada objek keras terkena pada dahinya, sebelum rasa sakit dan darah banyak keluar,
“Walaupun saya cedera, guru itu seperti tidak mempedulikan saya. Dia terus mengajar dan saya pergi ke kelas sebelah meminta bantuan guru lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi mengesahkan beliau sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Siasatan sedang dijalankan sebelum sebarang tindakan diambil," katanya. -SH

0 Response to "MURID TAHUN 2 CEDERA DIBALING KASUT OLEH GURU PENDIDIKAN MORAL"
Post a Comment