Ahmad Pembantu Juruterbang MH17 Selamat dalam tragedi MH370 tetapi Ajalnya Sampai Jua Akhirnya.

AJAL DAN MAUT ADALAH RAHSIA ALLAH S.W.T. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah SWT, kalau dah begitu tertulis ajal seseorang, tidak ada lambat atau cepat perancanganNya.
Begitulah ketentuan yang telah ditetapkan kepada pembantu juruterbang pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang terkorban dalam insiden MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, Khamis lalu.
Difahamkan, Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas dalam pesawat MH370 pada 8 Mac lalu namun di saat-saat akhir tugasnya telah digantikan dengan Fariq Abdul Hamid yang kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini.
Menurut datuknya, Daud Ahmad, 80, mengetahui cucunya tidak terlibat dengan penerbangan MH370, hatinya begitu lega pada saat itu namun takdir menentukan segalanya apabila Hakimi akhirnya terkorban jua dalam penerbangan MH17 yang memulakan perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
“Takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17. Semua ini ketentuan Ilahi,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.
Ahmad Hakimi yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia sembilan bulan. – MYNEWSHUB.MY
HAKIMI
HAKIMI1
HAKIMI2

0 Response to "Ahmad Pembantu Juruterbang MH17 Selamat dalam tragedi MH370 tetapi Ajalnya Sampai Jua Akhirnya."

Post a Comment