Amalina kini seorang doktor di Hospital Universiti Cambridge

Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2004, Nur Amalina Che Bakri menyatakan hasratnya yang sedia berkhidmat di tanah air selepas menamatkan pengajiannya di United Kingdom.
Amalina, 27, anak kelahiran Kelantan tapi dibesarkan di Johor ini baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Edinburgh, baru-baru ini.
Buat masa ini, Amalina akan menimba pengalaman bekerja sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama dua tahun selain melakukan penyelidikan bagi mencari penawar penyakit kanser ovari terlebih dahulu sebelum kembali berbakti di tanah air.


“InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi”, katanya memetik Astro Awani. – MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Amalina kini seorang doktor di Hospital Universiti Cambridge"

Post a Comment