GPK DG41 ada NPQEL bakal dilantik Guru Besar


Berikutan beberapa hari ini kita menerima salinan surat melalui aplikasi whatsApp mengenai siaran bertajuk "Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41/DG44/DG48 (exPPPLD) Bagi Pengisian Jawatan Guru Besar Gred DG32 dan DG34 Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)" bertarikh 27 Jun 2014 dari Bahagian Sumber Manusia.

Mengikut siaran berkenaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41/DG44/DG48 (exPPPLD) yang ingin memohon perlu memenuhi antara syarat khusus antaranya pegawai berkenaan telah lulus NPQEL/NPQH dan mempunyai pengalaman bertugas dalam pentadbiran selama 3 tahun sama ada sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang/Guru Penolong Kanan/jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/Bahagian/IAB/IPGM/KP.

Mungkin dalam masa terdekat JPN-JPN akan memanjangkan siaran ini terutama dalam portal masing-masing. Jangan lepaskan peluang ini. - http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/

0 Response to "GPK DG41 ada NPQEL bakal dilantik Guru Besar "

Post a Comment