Dua beradik Koma Dipercayai Keracunan Makanan yang dibeli di Bazar Ramadhan

Kaum muslimin yang berpuasa di Malaysia dan di seluruh dunia amnya menyambut bulan Ramadhan ini dengan rasa penuh ketakwaan melalui penjagaan tingkah laku dan amal ibadatnya. Tidak lupa juga amalan di Malaysia apabila Ramadhan mejelang maka Bazar-bazar Ramadhan dikunjungi ramai orang yang ingin mendapatkan juadah untuk berbuka puasa. Di samping itu Bazar Radhan ini juga merupakan pintu rezeki kepada peniaga-peniaga makanan di gerai-gerai sehingga untuk mendapatkan tapak sewaan gerai perlu ada cabutan bagi mendapatkan lesen perniagaan.

Namun dalam leka dan rambang mata berbelanja, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan pembelian kerana takut terbeli makanan dan minuman yang dah basi dan rosak sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita yang menjamahnya.

Ini kerana menerusi sebuah akaun Facebook yang dikongsikan Hamdan Nasir, mengingatkan orang ramai di luar sana agar berhati-hati membeli juadah kerana dua orang anak rakannya kini terlantar di hospital, di mana salah seorang dari me
reka masih lagi koma.

Penyebab dua beradik ini dimasukkan ke hospital adalah dipercayai kerana keracunan makanan yang tercemar yang dibeli di bazar Ramadan di Sri Muda, Shah Alam.

Jadikan kisah adik ini sebagai pengajaran dan jika terbukti memang makanan dari bazar itu menjadi penyebab, seharusnya pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga makanan tersebut kerana telah membahayakan nyawa pembeli demi mengaut keuntungan dalam perniagaan. Marilah kita berdoa agar dua beradik ini cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. –

MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Dua beradik Koma Dipercayai Keracunan Makanan yang dibeli di Bazar Ramadhan"

Post a Comment