KENAPA LOLA TIDAK LANGSUNG MEMOHON MELAWAT ANAKNYA DI HOSPITAL?


SEREMBAN – Sehingga hari ini (semalam), ibu kepada remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tidak membuat sebarang permohonan kebenaran untuk melawat anaknya yang kini masih dirawat di Hospital Tuaku Jaafar Seremban.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Abdullah Hanapi berkata, mengikut prosedur yang ditetapkan, Lolanopita Sadi, 40, perlu mendapatkan kebenaran JKM sebelum boleh melawat anaknya.

Katanya, Lola perlu mendapatkan kebenaran daripada JKM, selain diiringi pegawai pelindung JKM yang akan bersamanya sepanjang sesi melawat di HTJ.

“Saya dimaklumkan ibu Firdaus telah dibebaskan dan diikat jamin semalam (kelmarin), namun sehingga kini dia belum membuat sebarang permohonan bertemu dengan anaknya.

“Kita tiada sebarang masalah untuk membenarkan seorang ibu bertemu dengan anaknya, cuma ia perlu mengikut beberapa prosedur  ditetapkan, memandangkan ini adalah kes istimewa.

“Lola dibenarkan berjumpa dengan anaknya, cuma dia perlu ditemani pegawai pelindung JKM,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah memberitahu akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus yang dibuka pada 26 Jun lalu, telah mengumpul RM43,686.

Abdullah, yang juga pemegang amanah akaun Tabung Haji Muhammad Firdaus berkata, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Tabung Hajinya bernombor 010602000453616.

0 Response to "KENAPA LOLA TIDAK LANGSUNG MEMOHON MELAWAT ANAKNYA DI HOSPITAL?"

Post a Comment