Suspek Utama Pembunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Berjaya diberkas




 Suspek utama, tiga lelaki ditahan Kuala Lumpur: Selepas lebih setahun diburu, lelaki dipercayai suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, di Putrajaya, tahun lalu, akhirnya ditahan. Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu yang dipercayai mendalangi beberapa aktiviti penyeludupan dan kongsi gelap ditahan bersama dua lagi rakannya dalam satu serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sebuah kediaman di Bukit Indah, Ampang, pada jam 5 pagi semalam.

 Pada masa sama, polis turut menahan seorang lagi individu yang dipercayai memainkan peranan penting dalam menyembunyikan suspek dari satu lokasi ke satu lokasi lain selepas menyerbu sebuah lagi kediaman di Batu Caves, Gombak. Sering bersembunyi Sumber berkata, selepas kejadian pembunuhan itu, suspek terbabit sering bersembunyi di beberapa lokasi yang tidak diketahui di seluruh negara bagi mengelak dikesan oleh pihak polis, namun berdasarkan maklumat yang tepat, dia akhirnya terperangkap. Susulan dua serbuan serentak di Ampang dan Batu Caves itu, kami membawa kesemua suspek ke Mahkamah Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman.

Selepas meneliti laporan dikemukakan, mahkamah membenarkan keempat-empat individu terbabit termasuk suspek utama direman selama tujuh hari sehingga 8 Julai ini, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut, katanya ketika ditemui, semalam. Sejurus mendapatkan perintah reman, pasukan penyiasat dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur, kemudian membawa suspek sebuah rumah di Taman Jati, Rawang, untuk mengambil baju yang dipakai ketika dia dikatakan menembak Shaharuddin, selain mendapatkan beberapa bahan bukti lain.

Difahamkan, sehingga kini pihak polis sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek lain yang turut bersekongkol dalam kejadian pembunuhan berkenaan termasuk mereka yang merancang dan bertanggungjawab menyembunyikan senjata yang digunakan ketika kejadian tembak pada 26 April itu. Dalam kejadian pada jam 8.15 pagi itu, Shaharuddin yang dalam perjalanan ke pejabat bersama pemandunya ditembak oleh seorang daripada dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan, Putrajaya. -

Berita harian

0 Response to "Suspek Utama Pembunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Akhirnya Berjaya diberkas"

Post a Comment