TEMERLOH: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didakwa bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas di sini Isnin lalu akan dituduh di mahkamah Isnin ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zakaria Ahmad berkata keterangan telah pun daripadanya pada Khamis.
"Dia yang ditahan pada jam 4 petang Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan telah dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.
Kiki dibebaskan selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata setakat ini kes masih disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan).
Wanita terbabit dilihat telah membuli seorang warga emas berumur 68 tahun selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.
Dia dilihat mengetuk-ngetuk kereta lelaki berkenaan dengan pengunci stereng kereta yang perbuatannya itu dirakam orang ramai dan videonya dimuat naik di laman sosial Facebook, Twitter dan YouTube.
- BERNAMA
Related Posts :
REMAJA OKU MEMANG SAH DIABAIKAN CUMA TAHU SEBUT TIGA PERKATAAAN SAHAJA
Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditinggalkan dalam kebuluran dan kekeringan di rumahnya di Taman Semarak, Nilai, dekat sin… Read More...
La Orde Suspek pembunuhan Kejam Pegawai Ambank Bertanya Soalan Pelik Sebelum BunuhSalah seorang daripada saksi pendakwaan dalam perbicaraan, kes bunuh pegawai Ambank Norazita Abu Talib memberitahu kepada mahkamah bahawa te… Read More...
DISANGKAKAN PISTOL TIRUAN RUPANYA PISTOL SEBENAR. TUKANG URUT BERTEMPIARAN LARI MENYELAMATKAN DIRI.Petaling Jaya: Tiga orang tukang urut lelaki yang bergelut dan cuba untuk menumpaskan seorang perompak tetapi mereka lari bertempiaran menye… Read More...
REMAJA OKU DULU SANGAT COMEL DAN HENSEM SEKALI...
Melalui facebook ibu remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, di https://www.facebook.com/imashima.lola?fref=ts kita dapati … Read More...
RUMAH MAMAT KHALID DIROMPAK RUGI LEBIH RM 100,000
IPOH - Pengarah filem yang terkenal Malaysia, Mamat Khalid telah mengalami kerugian melebih RM100,000 apabila kediaman teres dua tingka… Read More...
0 Response to "Kiki Tetap akan Di Tuduh di Mahkamah Isnin Ini"
Post a Comment