Gempar Pelajar Tingkatan 3 Cuba Bunuh Diri Di Sekolah


Marudi- Suasana di perkarangan sebuah sekolah menengah di sini, kecoh apabila seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun secara tiba-tiba berdiri atas beranda bangunan sekolah tiga tingkat dalam cubaan membunuh diri di sini, kelmarin.

Berdiri Atas Beranda, Pelajar 15 Tahun Cuba Bunuh Diri Kejadian berlaku pada kira-kira jam 6 petang apabila pelajar tingkatan tiga itu dikatakan nekad mahu terjun selepas dipercayai mengalami masalah dengan keluarga angkatnya.

Sumber berkata, kejadian disedari seorang guru lelaki sebelum bertindak menghubungi polis. “Walaupun beberapa kali dipujuk namun pelajar terbabit tidak mempedulikan sebaliknya menyatakan hasrat untuk terjun.

 “Pihak sekolah tiada pilihan terpaksa menghubungi pasukan keselamatan bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Bikingempar/MA/Article?BeritaUtama 

0 Response to "Gempar Pelajar Tingkatan 3 Cuba Bunuh Diri Di Sekolah"

Post a Comment